Pelbagai cara dilakukan scammer bagi mendapatkan wang daripada mangsanya. Ramai netizen sudah terkena dengan pelbagai taktik penipuan scammer, sekali gus membuatkan netizen lain yang belum terkena mengambil langkah berjaga-jaga.
Lucunya, ada beberapa kes yang netizen pula mengenakan scammer apabila menyedari mereka sedang berhubung dengan scammer. Seorang pengguna twitter menaikkan status perbualan rakannya dengan scammer dari Indonesia. Tetapi, cubaan scammer tersebut gagal apabila rakannya awal-awal lagi dapat mengesan aktiviti penipuan tersebut.
Netizen ini mengenakan scammer tersebut dengan memberikan gambar resit yang ditulis dengan tulisan tangan kerana 'kertas resit sudah habis'.
Scammer itu tidak berpuas hati dan tetap meminta resit asal yang dikeluarkan dari mesin ATM
Lagi sekali netizen ini mengenakan scammer tersebut dengan menghantar gambar segelas air kopi setelah dia diminta menghantar salinan resit. Akhirnya nombor netizen tersebut disekat oleh scammer.
Rata-rata netizen terhibur dan berasa ia sangat melucukan. Memang patut scammer itu dipermainkan sebegitu kerana sikapnya yang suka menipu orang ramai.
Netizen juga marah dengan aktiviti scammer yang seolah-olah tidak ada kerja lain dan asyik menipu orang sahaja.
Ramai netizen yang tidak dapat menahan tawa apabila melihat gambar segelas kopi yang dihantar kepada scammer itu. Kreatif sungguh idea netizen mengenakan scammer yang cuba menipunya.
Foto: Twitter
Harap, kalian dapat berhati-hati apabila menerima panggilan atau mesej daripada orang yang tidak dikenali. Perasaan curiga perlu ada agar tidak menjadi mangsa dengan aktiviti penipuan scammer yang semakin licik dan berleluasa. - CARI
|