Kisah Haqiem Rusli memang panas. Sepanas cerita mild depression yang didakwanya. Namun timbul pula gossip baru, benarkah Haqiem berjumpa pakar yang tepat untuk diagnosis dirinya mengalami kemurungan?
Maklumlah, segala maklumat dihujung jari, jadi ada sahaja fakta yang didakwa tidak tepat seperti netizen ini, RI Fikri menyatakan bahawa Haqiem bertemu pakar psikologi dan bukannya pakar psikiatri. Tulisannya di Twitter mendapat komen yang bercampur baur. Oh! mesti ramai juga kurang arif perbezaan antara kedua-duanya.
Foto : Twitter
Rupa-rupanya Haqiem berjumpa pakar psikologi yang sebenarnya tidak layak pun untuk mendiagnosis simptom kemurungan sekaligus tidak boleh membuat rawatan seperti yang dinyatakan. Fikri juga menyertakan 'screen shot' perbualan dengan rakannya yang pernah mengalami kemurungan. Malah rakannya juga menjelaskan yang pakar psikiatri juga mengambil masa tiga bulan untuk mengesahkan kemurungan tersebut, bukannya dengan sekali pertemuan seperti didakwa Haqiem Rusli.
Bermaksud adakah Haqiem cuba memperbudak-budakkan rakyat Malaysia sekali lagi? Atau pun dia sendiri tidak tahu mengenai tempat yang betul untuk memulihkan kemurungannya itu?
Ada netizen yang mempunyai pengetahuan perubatan menjelaskan simptom yang perlu ada pada pesakit kemurungan seperti di bawah.
Hal ini membuatkan netizen juga berbalah. Bagi peminat Haqiem, mereka mahukan ruang dan masa supaya penyanyi pujaan mereka menjalani rawatan perubatan sementara mereka yang meragui tentang 'pskilogi dan psikiatri' pula menyatakan sebaliknya.
Bagaimanapun, jawapan ini paling padu bagi menjelaskan segala-galanya. Haqiem perlu didiagnos oleh doktor psikiatri bukannya psikologi yang dipanggil MR.
Diharapkan Haqiem menjelaskan segala kekeliruan ini. - CARI |