ramai antara kita wanita sedaya upaya setiap hari untuk atasi masalah kulit wajah yang menghantui hari ke hari. Selalu mengidam nak kulit glowing, flawless dan cantik tanpa guna apa-apa produk foundation atau mekap. Kalau boleh nak kulit yang natural cantik, kan? Jika anda mahu lihat mereka yang telah berjaya selesaikan masalah kulit mereka , klik di sini . . dont worry, at the end of article, saya akan kongsikan solution but first jom kita kenal pasti 5 Jenis Masalah Kulit Wajah yang selalu di hadapi wanita. .
1. Masalah Kulit Wajah Kering
.
Bagi kita rakyat malaysia yang tinggal di negara khatulistiwa, kebanyakan wanita mengalami masalah kulit kering. Selain faktor cuaca, pemakaian produk kecantikan yang tidak bersesuaian dengan kulit juga menjadi punca kulit kering. Jadi, sebelum membeli sesuatu produk kecantikan mahupun kosmetik haruslah mencari yang bersesuaian dengan jenis kulit muka kita. Jangan pakai beli aje, kelak akan memburukkan lagi keadaan kulit muka kita. .
2.Masalah Kulit Wajah Jeragat
.
Pasti ramai yang menghadapi masalah jeragatkan. Jeragat terhasil disebabkan pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang roma muka terutamanya dibahagian dahi, pipi, dagu dan hidung. Punca terjadinya jeragat disebabkan oleh terlalu terdedah dengan pancaran sinar uv, kehamilan, hormon, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
.
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak merbahaya tetapi dengan kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat sekaligus menjejaskan penampilan individu itu. .
3. Masalah Kulit Wajah Berminyak
.
Rungutan tentang masalah kulit berminyak ini memang sering kita dengar terutama di kalangan wanita terutama yang suka bermake-up. Apa penyebabnya? Ok, antara penyebabnya adalah faktor keturunan, penggunaan produk penjagaan kulit yang berlebihan atau tidak sesuai, ubat-ubatan, perubahan musim, hormon, stress dan sebagainya. .
Masalah yang ini memang merimaskan. Kadang-kadang sampai rasa melekit-lekit kulit muka. Betul tak? Hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa tidak selesanya mempunyai kulit yang berminyak. .
Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, penjagaan kulit muka yang sempurna sangat perlu kerana risau timbul masalah kulit yang lain pula sekiranya tidak dijaga dengan sempurna. .
4. Masalah Kulit Wajah Kusam
.
Kulit wajah kusam sering terjadi pada meraka yang tidak mendapatkan rehat yang secukupnya dan menghadapai stress yang berpanjangan. Jangan ingat rehat itu tidak penting untuk kecantikan ye. Rehat yang cukup dapat membuatkan wajah kita segar dan sihat. .
Itu perlunya rehat yang cukup dalam penjagaan kecantikan. Selain itu, satu lagi punca yang menyebabkan wajah kusam adalah anda malas menjaga kebersihan wajah. Cuci muka pun hanya sekadarnya sahaja. Jangan begitu, cucilah muka dengan sempurna agak kulit kembali segar dan bermaya. Jangan lupa juga minum air secukupnya. .
5. Masalah Kulit Wajah Jerawat
.
Ini adalah masalah kulit muka yang paling serius yang dialami oleh semua orang. Bukan hanya pada wanita malahan pada kaum lelaki juga. Jerawat ada banyak jenis seperti jerawat yang disebabkan horman yang biasanya muncul ketika wanita menstruasi, jerawat halus-halus, jerawat batu dan sebagainya. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan kulit wajah kita berjerawat seperti disebabkan oleh hormon, faktor pemakanan, jangkitan bakteria, stress, penggunaan kosmetik, tidak menjaga kebersihan kulit dan sebagainya. .
kalau ikutkan produk, beratus-ratus produk dah ada kat pasaraya yang ada dari jenama popular sampailah ke jenama tempatan. ada yang efektif, ada yang tidak, ada yang juga berikan kesampingan sebab bahan beracun. .
kalau tanya saya, saya pun pernah alami masalah kulit jerawat dan kusam ni, produk dan berpuluh2 pakai sejak sekolah menengah, cuma bila dah dewasa ni baru jumpa produk yang sesuai. antaranya seperti Bubble Mask Vitamin C ( ni yang so far paling cepat kesan dia rawat kulit ).
macam mana uols jaga muka? kongsi2 lah kan
YanAhmad.
|