View: 1054|Reply: 2
|
"Malaysia Anjing!"- Penyokong Indonesia Biadab, Hina Skuad Kebangsaan
[Copy link]
|
|
Penyokong Indonesia macam tak serik apabila terus melakukan provokasi melampau kepada sukuad bola sepak negara.
Belum reda dengan insiden serangan balingan botol, kali ini skuad B-16 pula menjadi mangsa.
Harian Metro melaporkan, mereka 'didendangkan' dengan sorakan kata-kata kesat dan menghina pada aksi Kejuaraan B-16 Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya.
Foto: AFF
Walaupun ianya aksi antara Malaysia bertemu Thailand, namun penyokong Indonesia yang berlebihan melaungkan ‘Malaysia itu anjing’ dan juga ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan tersebut.
Tambah sumber provokasi itu adalah susulan dari pemain muda negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik dalam Instagram Story miliknya.
Walau bagaimanapun Amirul sudah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan ia bukan provokasi sebaliknya hanya kesilapan meletakkan bendera Poland.
Provokasi itu mengundang hukuman terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah didenda atas kesalahan sama sebelum ini.
Sementara itu FAM didenda AS$30,000 (RM121,000) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘anjing’ kepada penyokong Brunei dan Singapura pada Sukan SEA 2017.
Penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘Brunei anjing dibunuh saja’ pada aksi bertemu Brunei, 4 Ogos 2017 dan sorakan berbentuk sama ketika bertemu Singapura dua hari kemudian sekali gus menyaksikan AFC mengenakan denda sebanyak AS$15,000 (RM61,000) bagi setiap kesalahan. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sama perangai je dengan dodoigemok...wakakakkakakkaa |
|
|
|
|
|
|
|
bot karam indon mati lemas,pastu 'digempa bumikan' di Lombok....rakyat Msia x perlu balas...Tuhan itu Maha Kuasa dan Maha Adil..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|