View: 90385|Reply: 90
|
Bahasa Melayu Sabah. (Belajar bersama sabahan)
[Copy link]
|
|
Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.
Perbendaharaan Kata
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia, serta Brunei, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:
Bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
limpang - baring
limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
lugai-lugai - tak tentu arah
lilipan - lipan
Ndak - Tidak
ping - ais
poncit - pancit
semberana - sengaja
sikang - sudu
sigup - rokok
iskul - sekolah
aisboks - peti sejuk
bubut - kejar
Penggunaan Perkataan yang unik
[ Last edited by BeeBuzz on 15-6-2004 at 02:31 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
Bah. - Baiklah |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan "anu"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.
Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.
Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.
"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".
Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'
pigi - pergi
sijuk - sejuk
bisuk - besok
mimang - memang
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'
kamarin - kelmarin
paning - pening
bali - beli
karbau/krabau - kerbau
tarap - terap
tambirang - Tembirang
sanapang - 'senapang
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'
bula - bola
urang - orang
buduh - bodoh
munyit - monyet
Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
slipar - selipar
krusi - kerusi
triak - teriak'
brani - berani
tlepon - telefon |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan Berbeza
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.
Contohnya:
Sia (saya) - Saya
aku - saya
kau - awak
periuk - kuali
celana - seluar
piring - pinggan
mengarti (mengerti) - faham
Nda payah - tak perlu
ta'usah (tak usah) - jangan
munyit (monyet) - kera
minta puji - berlagak (sombong)
jandila (jendela) - tingkap
Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.
tapuk - sorok
biasa - nakal |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan
Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.
Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bah barang siapa org luar sabah tu siapa moo tau tanya jak yaa...
nanti sia jawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
hampir sama dengan bahasa sarawak jugak... tapi lain sikit |
|
|
|
|
|
|
|
waduh2222...
cikgu bee buzz...mengajooo...bahasa sabah... |
|
|
|
|
|
|
karabau This user has been deleted
|
Originally posted by BeeBuzz at 15-6-2004 02:27 AM:
Bah barang siapa org luar sabah tu siapa moo tau tanya jak yaa...
nanti sia jawab..
sebutan bagi beberapa perkataan2 yang saudara kemukakan nampaknya mengikut suku kaum yang menggunakanya. Masyarakat Brunei biasanya menggantikan vokal E dengan A atau O dengan U. Suku bajau KB pula menggantikan C dengan S.(campur - sampur). Kadazan Papar & Penampang menggantikan R dengan L.(kulus - kurus). Saya rasa Bahasa Sabah yang agak Baku adalah seperti yang dipertuturkan di Sandakan, L.Datu dan Tawau walaupun ada pengaruh Indon dan Filipina. Intonasi percakapan bagi menunjukan keadaan sesuatu perkara atau peristiwa seperti saaana, baaasar, kiiici, caaantik dsb adalah kelainan yang unik. Perkataan ampai2, bida' dan siuk adalah antara khazanah perbendaharaan kata Bahasa Sabah. |
|
|
|
|
|
|
Mats01 This user has been deleted
|
masyarakat kedayan pula mengantikkan vocal R dengan A. cthnya:
basaa - besar
sabaa - sabar
saai ani - hari ini / sehari ini
maah = marah
dsb..
= talipaun
= ambuk
minta puji - berlagak (sombong)
= tambirang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karabau at 16-6-2004 12:13:
sebutan bagi beberapa perkataan2 yang saudara kemukakan nampaknya mengikut suku kaum yang menggunakanya. Masyarakat Brunei biasanya menggantikan vokal E dengan A atau O dengan U. Suku bajau KB ...
Hmmm benda ni i dapat kat website yang sewaktu dengannya...btw saudari lerr..hehe ndakkan ndak tau lagi jantinaku.. |
|
|
|
|
|
|
karabau This user has been deleted
|
Originally posted by BeeBuzz at 16-6-2004 03:33 PM:
Hmmm benda ni i dapat kat website yang sewaktu dengannya...btw saudari lerr..hehe ndakkan ndak tau lagi jantinaku..
iya la tu... kita tatap bersaudara |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karabau at 17-6-2004 09:41:
iya la tu... kita tatap bersaudara
:setuju:.. |
|
|
|
|
|
|
|
Disamping itu:
Bakas: Babi
Giuk: ulat
Bas mini di sabah adalah van, walaupun disebut sebagai bas. Keunikan bas mini di sabah adalah ia mempunyai pintu 'automatik'. setakat pengalaman saya, di sabah ja yang ada pintu macam 2. Nak Komen? |
|
|
|
|
|
|
crash_and_burn This user has been deleted
|
Bah om, Urang2 di Sabah ni unik2 bah. Kalau Kadazan punya sebutan, lebih banyak menggunakan bunyi "Z, V, L,H dll alphabet" . Misalnya : Aanangan zou montok diau, maksud - Saya suka kamu. 2. Ahasau banal tadau do baino - cuaca hari ni panas sangat panas 3. Houson zou - Saya lapar..itu adalah beberapa contoh bunyi perkataan bahasa Kadazan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa rungus yg sempat saya belajar:
Aso - tidak ada (tiada)
Varo - Ada
selamat sasarap - selamat pagi
baru tu ja!:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Hei Vee Gracie!
Bagi lah skit bahasa ibunda kau sama suma urg...
ada belajar sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sixfullbar at 8-3-2005 07:37 AM:
Hei Vee Gracie!
Bagi lah skit bahasa ibunda kau sama suma urg...
ada belajar sikit...
korang suma nak belajar bahasa rungus ke? no hal punya.tapi apanya....nak ni ada beberapa..
selamat pagi = selamat sasarap
apa kabar = nunu habal
kabar baik = habal do avantang
saya suka kamu = ingin oku sid dikau
mahu pigi mana? = sumonggo ko?
cantik = avasi
buruk = araat
cilakak/busuk = pinasah
tido dulu = modop po
hah itu setakat ni.....
:hug: :bgrin: :hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
setengah tempat loghat p'cakapan diorang lain2... macam urang ranau kalau diorang sebut "di saaaaaaaana.." maksudnya 'nun jauh di sana' tapi kalu sakap " di sana" (sebutan 'sa' dan 'na' pendek) maksud dekat saja, iaitu lingkungan 2 meter-5 meter.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|