CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 13

[Tempatan] Equanimity mungkin dijual kira-kira AS$250 juta (RM1 bilion). Hasil jualan dikem

[Copy link]
Post time 7-8-2018 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 7-8-2018 09:48 AM

Kerajaan mungkin jual Equanimity elak bayar kos selenggara mahal
August 6, 2018



KUALA LUMPUR: Putrajaya mungkin menjual kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1MDB kepada pembida tertinggi bagi mengelakkan kerajaan terpaksa membayar kos penyelenggaraan mahal.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata semua kertas siasatan berkaitan kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kalau ada yang tawarkan harga lumayan, kita boleh jual. Dengan itu, duit yang dicuri boleh dikembalikan semula kepada rakyat.

“Kita akan serahkan semuanya kepada peguam negara untuk kawalan lebih teratur,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kapal mewah bernilai AS$250 juta itu yang disita pihak berkuasa Indonesia di Bali pada Februari lalu, dijangka tiba di Pelabuhan Klang petang esok.
Kapal layar itu antara lebih AS$1.5 bilion aset yang mahu disita Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana mendakwa ia dibeli ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho dan rakan subahatnya dengan wang diseleweng daripada dana 1MDB.

Lim tidak menolak kemungkinan kapal mewah itu akan dibuka untuk tatapan orang ramai.

“Tapi bukan keseluruhan kapal itu boleh diakses kerana saya percaya pasti ada barangan berharga di dalamnya.

“Akan ada kawalan di beberapa tempat supaya barangan itu boleh dijaga dan dikawal rapi.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2018 08:11 AM | Show all posts
betul kah kapal tu malaysia punya??? boleh kah jual harta benda org???
kena saman baru buat muka bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya kapal itu bukan 1mdb punya. Sbb klu betul 1mdb punya mesti kapal tu boleh dijadikan barang bukti. Ini finance minister buta law kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan saje guanjeng, abg tommy pun sama blurr tentang rule of law. senang senang nak lelong harta  rampasan tak tentu hala.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni main cakap suka hati ja. Ni company under MOF bnyk lg tgh suspended. Pergi la decide on that
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes xhabis sibuk nak lelong bahan bukti. Politic dendam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2018 09:07 AM | Show all posts
1MDB??????..kak mah punya lettew
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
lps ni blh la sprm raid sana sini sambil rampas segala harta benda org. lps tu lge mangkuk hayun blh tolong jualkan. pandai lge mangkuk hayun ni tambah sumber pendapatan negara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 10:24 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 8-8-2018 09:12 AM
lps ni blh la sprm raid sana sini sambil rampas segala harta benda org. lps tu lge mangkuk hayun blh ...

Khalipap Umar Lim ni memang ada pengalaman lelong2 ni, kat penang dulu dia jual tanah negeri tukar premium dll....dah jadi muntri kewangan dia lelong pulak semua reta sitaan SPRM/Polis dll
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:30 AM | Show all posts
Simunggu replied at 7-8-2018 08:11 AM
betul kah kapal tu malaysia punya??? boleh kah jual harta benda org???
kena saman baru buat muka bo ...


kenyataan dia , memang untuk nak memperbodohkan rakyat....
untuk kasi rakyat seronok aje....


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:47 AM | Show all posts
rashiman replied at 8-8-2018 10:30 AM
kenyataan dia , memang untuk nak memperbodohkan rakyat....
untuk kasi rakyat seronok aje....

...

entah apa sal kena pula tanggung kos penyelenggaran...dgn duit rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulih buat jadi muzium 1MDB dan jual tiket
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Br semalam i baca article nk kenal pasti pemilik kapal ni ambik masa 6-9 bulan. Motippp tak tau sapa punya lagi nk terus lelong sesuka hati.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi le bagi mahacai seronok sekejap .terus lupa  janji 2 100 dah hampir tiba. labun mcm pandai tp sebenarnya memang bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.701196 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list