CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 1

[Tempatan] Kapal 'Equanimity' Selamat Tiba, Kerajaan Tanggung Kos Selenggara RM3 Juta

[Copy link]
Post time 7-8-2018 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menzahirkan penghargaan beliau kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) atas bantuan beliau untuk mengembalikan kapal 'Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.


Memetik laporan Astro Awani, akhirnya kapal persiaran mewah itu selamat tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sekitar jam 12.25 tengahari semalam.


Kapal yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low itu tiba di negara kita setelah berlepas dari pelabuhan Batam malam Isnin lalu.


Kredit foto: carian internet



Sinar Harian melaporkan kos penyelenggaraan kapal tersebut dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan termasuk pembayaran gaji bulanan untuk 16 orang anak kapal dan seorang kapten kapal.


Menurut salah seorang wakil peguam bagi pihak kerajaan, Jeremy Joseph, buat masa sekarang, semua kos penyelenggaraan kapal mewah itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.


“Siasatan berhubung pemilikan kapal mungkin ambil masa dalam enam ke sembilan bulan tapi mungkin lebih awal juga."


“Selain dari pemilikan, kita juga bincangkan penyelenggaraan kapal. Agak mahal untuk selenggara kapal itu. Untuk masa sekarang, kerajaan yang akan selenggara."


Kredit foto: carian internet



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dalam The Equanimity bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara semalam.


Kapal mewah itu dianggarkan bernilai RM1 bilion dan dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2018 11:59 AM | Show all posts
teringin nak tgk interior dlm kapal tu
katanya ada helipad, cineplex bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.085296 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list