Pilunya hati apabila melihat bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim yang kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan akibat menderita hepatitis C, lapor Harian Metro.
"Saya sudah tidak berdaya untuk bekerja, malah nak berbual juga sukar. Jika boleh memang hendak segera sembuh tetapi doktor maklumkan hati saya gagal untuk berfungsi," katanya kepada NSTP.
Selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumah mereka di Indera Sempurna, Rafi atau Opie, 48, dikejarkan ke HTAA pada Sabtu lalu.
“Doktor kata saya perlu menjalani satu lagi pemeriksaan lanjut pada 20 Ogos ini, kini saya disahkan mengalami hepatitis C dan kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik,” katanya.
Akibat penyakitnya itu, sudah tiga bulan Opie mengharapkan ihsan saudara terdekat kerana tidak mampu meneruskan tugas sebagai seorang tukang paip.
Opie yang popular dengan lagu ‘Kasih Yang Tak Pasti’ itu pernah popular dengan album Senang pada 1993 hingga tercalon untuk anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 1993.
Kredit foto: FB Kelab Perantau
Opie memiliki enam cahaya mata termasuk tiga yang masih kecil dan bersekolah.
Jika ada yang ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah disalurkan kepada akaun Bank Islam 06019021080458 atas nama isterinya, Suhailiza Ahmad, 42. - CARI
hyie replied at 11-8-2018 04:33 PM
seingat meols hep C takda ubat. Yang pamela anderson ke sapa pon ada hep kan..cuma beza huruf ja...B ...
itu hari i buat medical check up,
dalam darah i, takde vaksin hepatitis.
so doc cerita kesan kalo kena jangkitan hepatitis.
cara merebak, sama macam aids & hiv.
effect dia mmg long term, akan merosakkan hati.
peyakit hepatitis ni memang takde ubat.
once infected, penyakit ni tak boleh reverse.
it's getting worse over time, liver akan terus rosak permanently.
doc cerita vaksin hepatitis ni jadi vaksin wajib pada yang lahir lepas 80s.
so pada sape2 yang lahir sebelum tu, mmg takde vaksin ni dalam darah.
so kena amik suntikan.
i tengah plan nak amik vasin ni sebagai langkah berjaga2.