CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 2

Tak Tahan Derita Penyakit, Warga Emas Nekad Bakar Diri

[Copy link]
Post time 24-8-2018 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga emas nekad membunuh diri dengan menyimbah petrol pada badan sebelum menyalakan pemetik api.


BH Online melaporkan, kejadian berlaku di hadapan Tokong Kwan Yin, Sungai Ruan, Raub, jam 8.45 pagi kelmarin di mana anggota yang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas dihubungi orang awam menemui Ning Poh, 81, dalam keadaan terbaring dan melecur keseluruhan badan.




Gambar Hiasan



“Anggota polis menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran pada badan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu.


Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama cucunya itu disahkan meninggal dunia akibat lemas terhidu asap oleh pegawai perubatan dari Hospital Raub yang tiba di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.

“Polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut,” katanya.


Tambahnya, mangsa sebelum ini sering menyatakan hasrat ingin menamatkan riwayatnya akibat tidak tahun menanggung derita penyakit dialaminya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahan menangis derita sakit but choose an even more sakit way to go...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ne kalau throwback waktu dia masih muda ada anak kecil, sah2 sejenis yg dok membebel suruh anak lawan sakit tu. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048899 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list