CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17093|Reply: 109

Baru Sekolah Rendah Dah Diajar Barang Mewah, Kalau Hilang Siapa Nak Jawab..

[Copy link]
Post time 5-9-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Gambar sekadar hiasan



Setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Segala permintaan dan kemahuan anak-anak seboleh-bolehnya ingin ditunaikan sebagai tanda kasih sayang mereka. Ada ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dengan cara membelikan barang-barang berjenama dan mewah tetapi, bukan semua ibu bapa yang berkemampuan dalam segi wang ringgit.


Tidak dinafikan, anak-anak di sekolah sering berlumba-lumba dan menunjuk-nunjuk barangan yang mereka miliki. Ia kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan rakan-rakan mereka dan ada yang akan berusaha untuk mendapatkan barang yang sama, lebih-lebih lagi jika barang tersebut sedang popular pada masa itu. Contohnya Smiggle yang sedang menjadi kegilaan kanak-kanak mahupun orang dewasa sekarang. Harga untuk mendapatkan barangan Smiggle bukanlah murah dan mampu dimiliki oleh semua orang tetapi ramai kanak-kanak sukakannya.


Seorang pengguna Facebook memuat naik satu status tentang sikap ibu bapa yang suka memewahkan anak-anak mereka dengan barangan berjenama walaupun anak-anak mereka masih lagi dibangku sekolah. Tetapi apabila ada kes kecurian disekolah, banyak hati yang terluka kerana kehilangan barang mahu pun mereka yang dituduh mencuri.  







Atas didikan ibu bapa



Ada netizen yang bersetuju dengan status tersebut kerana kadang-kala sukar untuk ibu bapa menerangkan keadaan mereka yang tidak mampu untuk membeli barangan mahal dan berjenama kepada anak-anak mereka. Perangai dan sikap anak-anak tidak sama. Bagaimana pun ada baiknya jika semua ibu bapa cuba mendidik anak-anak mereka supaya bersederhana kerana mereka masih dibangku sekolah.





Jangan cemburu dan dengki



Tetapi ramai netizen yang tidak bersetuju dan menyalahkan ibu bapa itu sendiri kerana tidak mampu mendidik anak-anak mereka supaya tidak cemburu atau dengki dengan rakan-rakan sekolahnya yang kaya. Semuanya terletak pada sikap anak-anak dan bagaimana ibu bapa itu mendidik mereka supaya menerima seadanya jika tidak mampu memiliki barangan mahal.





Sekadar ikut trend



Netizen yang berkemampuan membeli barangan Smiggle kepada anak-anaknya bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi kerana barang tersebut berkualiti dan tahan lama. Lebih-lebih lagi apabila ramai rakan sekelas anak-anaknya yang memiliki Smiggle dan tidak salah jika mengikut trend semasa.


Kena curi tanggung sendiri dan jangan susahkan cikgu


Netizen ini pula lebih bersikap terbuka. Jika ibu bapa itu sendiri terlebih mampu untuk membelikan Smiggle atau barang mahal kepada anak-anaknya untuk dibawa ke sekolah tidaklah menjadi satu kesalahan. Tetapi jika barang-barang tersebut hilang atau dicuri oleh murid lain, ibu bapa jangan terlalu mendesak pihak sekolah atau guru-guru untuk menyiasat dan mencari sehingga ia boleh mengganggu tugas utama mereka di sekolah.  








Apa-apa pun terpulang pada diri masing-masing. Tidak salah jika ibu bapa ingin membelikan barang mahal dan berjenama untuknya anak-anak dan dibawa ke sekolah tetapi pastikan barang-barang itu dijaga dengan baik. Sekiranya barang tersebut hilang, ia atas risiko sendiri dan tidak perlulah menuduh dan berbalah sehingga merosakkan hubungan anak-anak dengan rakan-rakannya di sekolah serta ibu bapa itu sendiri. Yang penting, sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya tidak mengambil hak orang lain. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang mahal pun. Smiggle ni anak saudara aku pun ada pakai tapi dengan syarat, nak barang baru kena tunggu 2-3 tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:49 AM | Show all posts
kalau mak pak tak ajar, anak pun tak tau ooi
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab cemburu, berlagak tu memang berlaku kalangan budak2 sekolah ni..

Hari tu anak i sek rendah cerita kawan dia anak orang senang sebab pergi balik sekolah naik starex... kawan tu tinggal kat taman P, taman lama rumah dah lebih 20 tahun, kalau jual pun harga masih below rm500k.

Lepas tu anak I pun nak I beli starex.... i bagi tau anak, dia naik kereta besar tapi duduk rumah lama dan murah harga.. rumah kita, harga dah juta RM.. rumah lg berharga dari jenama kereta, ya anak.

Anak i pun mengangguk faham...


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:57 AM | Show all posts
anak2 haprak low class jah yg dah beli barang2 mahal bgtau kat kawan2 mcm tu... kalau mmg anak2 org classy pakai je takdela nk brag bagai... mmg dah jd keperluan biasa je pd dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:05 PM | Show all posts
oo ini smiggle..
anak aku selalu cerita kat sekolah dia ada sorang kwn kelas dia guna brg2 smiggle ni
nsb baik dia tak nak guna
dia tau kot klu mintak pun aku tak bagi
+ mmg aku tak mampu
too expensive
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2018 12:11 PM | Show all posts
ala acik acik pun suka brag apetah lagi bebudak. kita ni risau takut kena curi kang jd issue pulop
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
apa benda smiggle ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 12:30 PM | Show all posts
kekadang tertanya.. siapa yg up brand-2 ni ye? xde plak bebudak skrg nak brg-2 mcm disney ke apa.. tp smiggle ni barang bebudak ppuan kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pakai sampai mata meols nampak benda tu cam murah dah.
Pattern sama semua.. tahniah le makpak yg mampu sebab harga ratus ringgit.
Brand typo pun jgn dilupa .. murah sikit le dari Smiggle ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:45 PM | Show all posts
budak-budak tak tau kalau mak bapak tak ajar..
dari mana datang mentaliti beza beza kaya miskin tu kalau bukan dari mak bapak..
tengok kat atas ni je ada contoh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:45 PM | Show all posts
kalo hilang beli lain..kata kaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada belikan jugak..tp anak anak.iols bukan tau pon.mahal.ke idok...
Depa lagi suka.boboiboy n.little pony..
Sebab tu jangan biasakan ... beli yg.mahal pon buat cm biasa je...
Budak.budak aje kot..depa tau cantik je..
Kalau siap mention jenama..mmg lah kita boleh agak sapa.yang ajor
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 5-9-2018 12:30 PM
kekadang tertanya.. siapa yg up brand-2 ni ye? xde plak bebudak skrg nak brg-2 mcm disney ke apa.. t ...

Ada laki..ada pompuan juga
Fancy sgt bagi iols
X sesuai bawak skola rendah..
Pencil dia pon dh brapa rm.dh...
Nak.beli suka suka boleh la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:56 PM | Show all posts
laa..baru nak top ke brand ni? rasanya a few years back ada org jual online..aku pun beli la satu utk present my doter..mmg pricey tapi cute la..mujur my doter tak brp suka girlish punya pinki2 ni..tu pun  aku pilih yg ada pic skeleton bagai kaler black..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:57 PM | Show all posts
akak opis aku suka pakai brand smiggle. tapi kegunaan dia lah. pegi meeting je nak mencatat nnt dia bawak pensel box smiggle dia. kahkah mcm bebudak sangat bawak pensel box uols. tp xpelah, harga yahudi mcm tu mmg org dah kerja mampu la belikan. bagi budak2, nnt hilang, mak pak jugak nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Smiggle mewah? Biasa2 je pun
Mak pak batak brand sampai anak2 pun kene ajar batak jgk, kesian
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang pelajar saya bawa bag MCM ke sekolah on daily basis. Saya yang cikgu pun mampu tengok je la. But so far, semua okay sebab budak2 tak tahu pun brand2 ni in my class. Kalau Smiggle pula pun macam biasa sebab most kids memang pakai Smiggle.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 01:41 PM | Show all posts
iols pun suka barang barang smiggle ni

adik iols  pun pakai smiggle
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 01:42 PM | Show all posts
anak buah aku sendiri pon guna barang smiggle ni..xpela...bapak kaya..xkisah nak beli barang mahal2 untuk anak2...cuma yang untung mak ngan pak sedara ni la..xyah beli pape dah untuk dyorg..maklumla..kt orang biaso2..xterlawan nak sama ngan org ado2 tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 1.654371 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list