CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6596|Reply: 15

Tips Penjagaan Cat Kenderaan

[Copy link]
Post time 12-9-2018 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zulka at 12-9-2018 10:09 AM

4 TIPS PENJAGAAN CAT KERETA
Ramai antara kita tidak tahu sebenarnya air hujan yang terkena kepada kereta kita punca utama warna cat kereta cepat pudar. Ini kerana air hujan mempunyai asid yang boleh mengakis ‘Clear Coat’ atau ‘Chrome’ pada kereta kita, malah sikap kita yang malas cuci kereta kerana musim hujan sebenarnya merupakan satu punca kepada semua ini.
1) Cuci kereta anda!
Cuci kereta?! Kan hujan… Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan.. nanti kotor semula bila kena air hujan. Rugi je. Baik x payah cuci bila terkenangkan esok mesti hujan lagi. Tapi jangan tewas dengan godaan makhluk itu untuk membuatkan anda lebih malas..!
Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh mengakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukan lah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip kat kereta untuk bilas air hujan yg melekat lagi.
Kalau tuan empunya kereta tu kena hujan, dah balik rumah mesti nak mandi cepat-cepat kan. Takut nanti demam kata orang tua.. Mcm tu juga kereta. Lepas dah kena hujan, elok dimandikan lagi.
Perkara basic, apa-apa je benda yang kotor, kita mesti bersihkan atau cuci. Betul x?
Bila anda cuci kereta, lagi bagus guna shampoo. Pastikan shampoo yang dikhaskan untuk kereta sahaja ya!. Amaran keras ni!.. Jangan guna sabun cuci baju atau sabun cuci pinggan sudahhh. Hihi~
Logiknya di sini, lepas anda makan nasi dengan tangan, lauk masak lomak cili api tu, cuci tangan tanpa sabun, kan berbeza dengan cuci tangan dengan sabun. Mana lagi bersih dan suci?
2) Wax kereta setiap beberapa bulan.
Tak kisah lah nak guna wax yang mahal atau yang dalam bajet anda. Nak buat DIY beli wax kereta kat Jusco pon boleh je. Janji kita wax kereta tu sebagai protection. Protect dari apa? Wax layer ni tujuan nya untuk protect cat antaranya dari hujan asid. Kotoran pon x mudah lekat pada cat sebab wax ni dah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pon lembut je macam kulit baby lah konon nya.. Very smooth feeling bila dah wax kereta.
Lebihkan sikit kat area yang permukaan rata. Biasanya permukaan rata ni menakung air. Bila dah licin dengan wax nanti, mudah air nak jatuh dan tak bertakung sangat. Maka takde lah ‘watermark’ bila air tu kering nanti.
3) Bersihkan rims dan tayar kereta.
Tembak lah air kat rim dan tayar tu bagi bersih skit. Hujan-hujan ni dengan pasir, lumpur, jangan dibiarkan je. Rims, brake dan disc brake pon perlu dibersihkan selalu. Kalau tembak air pun malas, lagi cepat karat lah benda tu nanti. 2 minggu sekali bersihkan minyak2 yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.
4) Lap kereta dengan kain khas untuk kereta.
Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Microfibre ni ada banyak jenis. Kain lap kaki pon ado. Pilih lah kain yang sesuai. Kain tu kalau dah lama tak guna, dah jadi kain buruk, baik jangan guna lagi. Kain yang lama akan jadi keras dan akan perangkap habuk pasir. Nanti lap kereta akan ada calar2 halus, lagi sakit hati kang.
Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;
Kain microfibre untuk body kereta.
Kain/span untuk wax body kereta.
Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta.
Kain microfire untuk cermin kereta.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 12:31 PM | Show all posts
kereta dibiar berjemur boleh beri kesan tak pada warna/cat kereta

huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2018 12:41 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 12-9-2018 12:31 PM
kereta dibiar berjemur boleh beri kesan tak pada warna/cat kereta

huhu

cari la paking berbumbung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 09:44 AM | Show all posts
zulka replied at 12-9-2018 12:41 PM
cari la paking berbumbung..

alaa rakyat marhaen je
member kata klu keta selalu berjemur jugak akan memudarkan tinted kereta
btl ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2018 09:52 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 13-9-2018 09:44 AM
alaa rakyat marhaen je
member kata klu keta selalu berjemur jugak akan memudarkan tinted keret ...

betul sgt...kejap je jadi putih suci
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aritu anak i kapur kasut pastu dia kapur kereta sekali bahagian depan
i basuh lepas 4 bulan kereta tu
tengok2 tak tanggal tang kapur tu
mcm jadi pigmentasi bercapuk
soalannya mcaamana nak hilangkan parut yg telah disebabkan oleh kapur kasut anak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2018 08:57 AM | Show all posts
putericahaya999 replied at 15-9-2018 11:07 PM
aritu anak i kapur kasut pastu dia kapur kereta sekali bahagian depan
i basuh lepas 4 bulan kereta  ...

cuba pakai air panas...cuba guna petrol, guna kain atau span rendamkan dlm petrol pastu tenyeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 18-9-2018 08:57 AM
cuba pakai air panas...cuba guna petrol, guna kain atau span rendamkan dlm petrol pastu tenyeh

Tp petrol tu akan memudarkan cat kete.....hurmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2018 09:13 AM | Show all posts
Dragonkings replied at 18-9-2018 09:06 AM
Tp petrol tu akan memudarkan cat kete.....hurmmm

takdela aku dah apply since pakai kete dari taun 90an lagi..bukan selalu, lagipun aku bukan suruh mandikan 1 kete dgn petrol

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 18-9-2018 08:57 AM
cuba pakai air panas...cuba guna petrol, guna kain atau span rendamkan dlm petrol pastu tenyeh

macam menarik tapi petrol tu ganti dettol tak boleh ke
cam takut je petrol tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 02:22 PM | Show all posts
putericahaya999 replied at 18-9-2018 01:00 PM
macam menarik tapi petrol tu ganti dettol tak boleh ke
cam takut je petrol tu

pakai WD40 pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 05:49 PM | Show all posts
brp timing yg elok utk wax ni?

bnd ni mahal. kalo nak buat tiap2 bulan mcm menghakis poket plk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2018 08:29 AM | Show all posts
otai_g replied at 20-9-2018 05:49 PM
brp timing yg elok utk wax ni?

bnd ni mahal. kalo nak buat tiap2 bulan mcm menghakis poket plk.

dapat 3 bulan sekali pun dah ok, kalau boleh cari kedai yg guna produk branded sket contohnya Meguiars ke...
harga tu tak menentu ikut kawasan, kadang2 dorang ni main harga sebenarnya boleh tawar menawar..
ada yg 180, 250, 350... padahal benda sama je dia buat, tak kisah mahal ke murah yg penting ada buat waxing, jgn tak buat langsung takut nanti color cepat mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus info ni..

Kalu cat kereta dah mcm pudar (sbb tgk kereta orang lain,warna hitam dorang kilat je..kereta saya mcm dah tak kilat)..kalu buat wax tu..membantu ke nampak cat tu elok balik..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 08:42 AM | Show all posts
CikPuanMawar replied at 30-9-2018 10:54 AM
Bagus info ni..

Kalu cat kereta dah mcm pudar (sbb tgk kereta orang lain,warna hitam dora ...

yup, try la hantar sekali..nti seri naik balik
jgn tggu smpai clear tu dah terhakis..nti kena cat baru lagi mahal
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 1-10-2018 08:42 AM
yup, try la hantar sekali..nti seri naik balik
jgn tggu smpai clear tu dah terhakis. ...


Ok..nnti nak try hantar la..tak sabo nak tgk kereta berseri2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063347 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list