Edited by mbhcsf at 4-10-2018 12:17 AM
Dermawan dan Kekuatan Memberi
pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/dermawan-dan-kekuatan-memberi/
KEDERMAWAN merupakan sebahagian daripada sikap cinta Nabi s.a.w terhadap sesama manusia. Baginda berusaha untuk selalu menderma, baik dalam keadaan sempit mahupun saat lapang atau berada. Diceritakan, ada seorang yang menemui Nabi s.a.w dan meminta sesuatu kepada beliau. Dengan santun Nabi s.a.w menjelaskan kepadanya, “Aku sekarang tidak memiliki apa-apa. Tetapi belilah keperluanmu atas tanggunganku, nanti apabila aku mempunyai wang, akan aku bayar.” “Wahai Rasulullah, bukankah sebelumnya engkau telah memberi sesuatu kepadanya? Sesungguhnya Allah tidak membebanimu dengan sesuatu yang tidak mampu engkau pikul,” kata Umar al-Khattab. Tetapi seorang sahabat Ansar mencelah, “Wahai Rasulullah, berilah, jangan khuatir, Allah akan memberi sedikit untukmu.” Mendengar hal itu, merekahlah senyuman indah daripada bibir Rasulullah.
|