CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 0

PRK Port Dickson: Dua Parti Politik Langgar Peraturan SPR

[Copy link]
Post time 13-10-2018 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada parti politik yang meletak calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson untuk tidak menggunakan barang kempen pada hari pengundian.




Kredit foto: Utusan





Astro AWANi melaporkan, dua parti didapati berbuat demikian pada jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi.

"Saya diberitahu ada dua parti politik letak khemah yang dipenuhi bendera mereka di depan pusat-pusat mengundi. Tak perlu saya sebut parti politik mana yang berbuat demikian.

"Ini dilarang kerana waktu kempen sudah tamat. Jika nak letak pun, letak jauh sikit, sekurang-kurangnya 50 meter dari pusat mengundi," kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan@Harun.


Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan parti berkenaan adalah PAS dan Pakatan Harapan (PH).




Kredit foto: MalaysiaKini




Difahamkan, kira-kira 30 penyokong PAS yang berpakaian hijau mengibarkan bendera parti di SK Tanjong Kemang dengan melaungkan "Sokong Bulan!", "Undi PAS!" dan "Undi Hijau!" bagi memberi sokongan kepada calon PAS Mohd Nazari Mohktar.


Turut berada kurang 30 meter dari sekolah adalah penyokong PH yang beruniform dengan logo PKR dan berbaju-T dengan logo HARAPAN. Mereka dikatakan membawa bendera gabungan itu.


Menurut SPR, keputusan PRK dijangka diumumkan selewat-lewatnya jam 10 malam ini. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053144 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list