CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 3

[Tempatan] Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP

[Copy link]
Post time 14-10-2018 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Oktober 14, 2018 14:38 MYT

TAIPING: DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penerimaan sebarang gelaran dalam kalangan wakil rakyat bukan matlamat utama selepas dipilih sebagai kerajaan.

Menurutnya, pada tahun pertama ini, tumpuan harus difokuskan untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.

"Kalau tahun pertama gelaran ini diterima, ia akan beri satu persepsi lain (terhadap rakyat), ia tidak mencerminkan semangat perjuangan parti.
"Saya tidak mahu apa yang saya sebutkan ini sebagai tanda tidak hormat kepada mana-mana kerajaan negeri.

"Tetapi kita kena tunjuk dulu perkhidmatan kepada rakyat, lambat sedikit pun (terima gelaran) tidak mengapa kerana gelaran Yang Berhormat (YB) itu sudah cukup mulia untuk dibanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak yang dihadiri 1,303 perwakilan di Hotel Taiping Perdana, hari ini.

Hadir sama, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kula Segaran dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Semalam, dua wakil rakyat DAP Melaka iaitu Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Bemban, Wong Fort Pin menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Minggu lalu pula, dua menteri DAP Sabah iaitu Stephen Wong dan Frankie Poon dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mengulas lanjut, Menteri Kewangan itu berkata, adalah tidak wajar ahli parti dari Sabah dan Melaka menerima gelaran itu sedangkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh pernah menolak pemakaian gelaran Datuk yang mereka terima.

Katanya, teguran seumpama itu perlu dibuat untuk memastikan DAP tidak menjadi parti politik yang hanyut seperti BN.

"Bila saya sebut begini, mungkin akan menyinggung perasaan ahli-ahli dan pemimpin tetapi saya rasa perkara ini juga akan disebut kalau Karpal Singh masih ada,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Jgn dok gila pangkat sangat. Nanti cultural shock pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 04:36 PM | Show all posts
Semalam, dua wakil rakyat DAP Melaka iaitu Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Bemban, Wong Fort Pin menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.


baru sat tadi ada Pencacai Harapan sekoq tu habaq hanya Melayu yang dapat..sepet tak dak yang menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.....rentung memang tak layak la....dia tu memang bohong kuat la....wakkakakakakakka

tapi tok nenek moyang depa dulu sibuk pulak nak mintak kerakyatan.....kalau tak bagi dulu tak boleh merdeka..sepet2 dan rentung2 ni memang liabiliti betui......wakakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bwh BN la spoil market main sauk je bagi Datokship kat so called ahli perniagaan.. quality teruk sampai pondan &  ayame pon boleh lepas, lantakla asal masyuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.261907 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list