|
Edited by Lagubestbest at 7-11-2018 01:27 AM
Berhari2 dah fikir. Macam mana Samurai Bond 200bilion yen (7.4bil rm) yang Malaysia akan keluarkan di Tokyo nanti, mampu keluar dengan nilai kupon (interest) hanya 0.65%?
Kita jual (di jepun, dikawal jepun) dapat 200bil terus
Yang membeli (jepun) dapat profit 0.65% je setahun?
Jepun banyak duit sangat bawah bantal ke?
Cetak duit baru out of nothing kemudian bagi pada kita?
Sebab Volume besar kira sap sap sui harga pukal?
Macam mana jepun mampu mengharap kadar untung yang rendah macam tu?
PS: SENDIRI POST SENDIRI JAWAB
sumber 1, sumber 2.
Interest rate diorang memang negatif. Nampak memang sengaja nak rugi (nak turunkan nilai yen). Untuk membantu aktiviti ekonomi (menggalakkan rakyat golongan tua yang ramai untuk terus berbelanja dan meningkatkan eksport). Maksudnya, PTPTN pun patut dipindahkan ke Tokyo untuk beri interest rendah kepada para peminjam.
|
|