"Saya tidak tahu, saya tidak ada pengesahan rasmi, jadi saya tak boleh kata apa-apa."
Foto: SCMP
Demikian kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai desas-desus perkahwinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Menurut Dr Mahathir, beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Istana Negara mengenai dakwaan itu.
Foto: Daily Mail
Berikutan itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan media antarabangsa yang mendakwa Sultan Muhammad V telah berkahwin dengan Oksana Voevodina, bekas ratu cantik Miss Moscow 2015, baru-baru ini di Barvikha, Rusia. - CARI |