CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1502|Reply: 0

WANITA MEMANG HEBAT!! --> Dominasi dasar laut

[Copy link]
Post time 5-12-2018 04:58 PM | Show all posts |Read mode
meraih rezeki di laut dengan mencari siput dah kupang

BERUSIA 80 tahun dan bergelar warga emas bukan halangan untuk sekumpulan wanita di Jepun ini mendominasi dasar laut di bandar Toba dengan aktiviti menyelam.
Kumpulan wanita ini adalah sebahagian daripada komuniti dikenali sebagai ‘ama’ atau penyelam bebas di kawasan berkenaan. Sambil berpakaian sut menyelam, kumpulan berkenaan sentiasa menghidupkan suasana dengan aktiviti mencari siput.
Orang asing yang tidak biasa dengan pemandangan itu mungkin beranggapan mereka sekumpulan anak muda yang memenuhi pesisiran pantai di Toba.
“Saya benar-benar rasa seperti ikan duyung dan perasaannya amat menakjubkan,” kata Hideko Koguchi dengan penuh gembira.
Menurutnya, dia sudah menjadi ‘ama’ sejak tiga dekad lalu namun berharap dapat meneruskan kegiatan itu untuk 20 tahun lagi.
Koguchi melakukan aktiviti itu bersama kakaknya yang belajar menyelam sejak usia muda.
Dua beradik itu meneruskan pekerjaan tradisi yang dilakukan oleh nenek dan ibu mereka satu ketika dulu.
Pada kebiasaannya, musim menyelam akan berterusan selama 10 bulan setiap tahun.
Terdapat persatuan nelayan tempatan yang akan meneliti ramalan cuaca dan stok tangkapan laut setiap hari sebelum memanggil tenaga penyelam wanita itu menerusi pembesar suara.
Setiap ‘ama’ yang bermaksud ‘wanita laut’ hanya diberi peralatan asas seperti gelung boya untuk memberi isyarat mengenai kehadiran mereka di situ selain jaring untuk berpaut.
Dilaporkan setakat ini hanya terdapat kira-kira 2,000 ama di seluruh Jepun dan jumlah itu sudah berkurangan daripada lebih 12,000 orang pada 1930-an berdasarkan rekod yang disimpan di muzium laut di Toba.
Pekerjaan itu sebenarnya masih wujud di Korea Selatan dan penyelam di sana dipanggil sebagai Haenyo namun bilangannya juga semakin berkurangan.
Menurut penyelidik ama di Universiti Teknologi dan Sains Marin Tokyo, Shuzo Kogure, tradisi di negara matahari terbit itu sebenarnya bermula sejak sekurang-kurangnya 3,000 tahun lalu.
Ia sebenarnya bukanlah pekerjaan yang dikhususkan untuk wanita semata-mata namun golongan itu lebih ramai tertarik terhadap pekerjaan berkenaan.
Mereka hanya ingin berusaha mencari rezeki untuk keluarga terutama apabila peluang pekerjaan amat terhad di kawasan pedalaman.
“Satu ketika dulu, wanita muda menjadi ama selepas mereka tamat persekolahan,” kata pengarah koperasi nelayan tempatan, Sakichi Okuda.
Bagaimanapun, dari segi pendapatan, dia mengakui pekerjaan itu tidak lagi berbaloi untuk dilakukan.
Segelintir wanita itu juga sedar dengan keadaan semasa apabila pekerjaan itu tidak mendatangkan bayaran setimpal dengan risiko bahaya dihadapi mereka.
“Sudah tentu saya ingin generasi muda meneruskan pekerjaan ini namun saya juga tahu ia adalah pekerjaan yang sukar. Saya tidak menggalakkannya terutama kepada anak saya,” kata kakak Koguchi, Michiko Hashimoto.
Seorang ibu anak lima, Ayami Nagata, 39, berkata, dia mula menjalani latihan menyelam sejak tahun lalu selepas mengikut jejak langkah neneknya.
“Saya tidak tahu berenang tetapi mula belajar di kawasan cetek dulu,” katanya.
Menurutnya, wang bukan matlamat utama sebaliknya dia ingin mencari kebebasan dengan melakukan pekerjaan itu.
Katanya, bayaran yang diterima agak kecil iaitu sekitar 10,000 yen (RM369) setiap tangkapan.
“Ini adalah kebebasan yang dinikmati jauh dari keluarga,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.048043 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list