Starbucks, jenama kopi mewah yang sudah tidak asing lagi di telinga kita. Kedai kopi Starbucks mula dibuka di Seattle, Washington pada tahun 1971.
Logo Starbucks sejak 2011
Sumber foto: wikipedia
Ia diasaskan tiga rakan kongsi yang merupakan guru Bahasa Inggeris, guru Sejarah dan seorang penulis. Mereka bertiga berkenalan sejak di zaman universiti.
Nama Starbucks diambil sempena watak Starbuck di dalam buku Moby-Dick.
Ibu pejabat Starbucks di Seattle.
Sumber foto: wikipedia
Starbucks menyediakan perkhidmatan Wifi percuma kepada pelanggannya. Justeru, ramai yang membawa laptop dan peranti masing-masing untuk menyiapkan tugasan sambil menghirup kopi lazat di Starbucks.
Sumber foto: change.org
Namun, baru-baru ini kecoh apabila Starbucks mengumumkan akan menyekat akses pornografi melalui wifinya bermula tahun 2019. Tindakan ini diambil setelah desakan petisyen dibuat ke atas Starbucks.
Sumber foto: Carian Google
Dengan pelaksanaan itu, pelanggan yang berkunjung tidak akan lagi dapat menonton atau melayari mana-mana laman sesawang yang mengandungi unsur pornografi. Penyekatan akan dimulakan dengan lokasi-lokasi Starbucks di seluruh Amerika Syarikat.
Syabas Starbucks atas tindakan yang pantas! Pornografi sememangnya harus dicegah kerana bimbang memudaratkan apatah lagi jika diakses di tempat awam. - CARI |