Kredit foto: Instagram @kilafairyofficial
Ramai artis yang aktif memuat naik gambar dan status mereka di media sosial sebagai satu cara untuk mendekatkan diri mereka dengan para peminat dengan berkongsi aktiviti harian mereka. Selain itu, akaun seperti instagram sudah menjadi trend untuk para artis mempromosi produk keluaran mereka atau membuat paid review. Sudah pasti, apa yang dipromosikan oleh para artis, akan mendapat perhatian ramai daripada netizen.
Instagram @kilafairyofficial
Termasuk artis Kilafairy yang yang sentiasa menjadi perhatian para netizen kerana penampilannya yang berani. Dalam status di instagramnya @kilafairyofficial, dia ada mempromosikan pakaian tidur dari sebuah butik online tetapi status tersebut bagaikan membuka aib dirinya sendiri apabila menceritakan yang pakaiannya akan hilang jika memakai long sleeves atau long pants selepas bangun dari tidur.
Kredit foto: Instagram @kilafairyofficial
Netizen yang membaca status Kila berasa sangat lucu dan pelik dengan situasi tersebut. Pasti pelbagai persepsi dan andaian yang ada dalam kotak fikiran para netizen dan mungkin seperti tidak masuk akal tentang pakaian yang boleh hilang ketika sedang tidur. Macam mana baju yang dipakai boleh tertanggal dan hilang?
Ada netizen yang mengecam status yang dimuat naik itu dan sepatutnya Kila perlu sensitif dengan kenyataan yang ingin dikeluarkan walaupun ia sekadar untuk memberitahu dirinya sangat selesa memakai pijamas daripada butik online tersebut.
Sebelum ini, Kila ada mengakui yang dirinya sudah penat melayan komen negatif dan kecaman daripada netizen berkaitan penampilannya. Dia tidak mampu untuk menutup mulut orang ramai untuk bercerita tentang dirinya dan akan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan menjadi dirinya sendiri. - CARI
Kredit foto: Instagram @kilafairyofficial |