Media sosial digemparkan dengan penularan sebuah video berdurasi 1 minit 24 saat yang memaparkan sepasang kekasih sedang memadu asmara di belakang sebuah tiang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jelas juga mereka dilanda asmara apabila tidak segan silu meraba, berpeluk serta pelbagai aksi tidak senonoh dalam kesibukan kenderaan yang lalu lalang.
Pasangan itu adalah kakitangan sebuah syarikat di lapangan terbang berdasarkan uniform yang dipakai.
Sementara itu netizen turut terganggu dengan komen spontan perakam yang berselang seli antara mencarut dan beristigfar ketika merakamkan aksi pasangan tersebut.
Bagaimanapun, selepas video tersebut tersebar, pasangan tersebut dikatakan telah dibuang kerja serta merta dalam tempoh 24jam.
Lebih mengejutkan ialah ada netizen yang mendedahkan bahawa lelaki tersebut sebenarnya telah berkahwin dan isterinya berada di dalam pantang kerana baru melahirkan anak sulong mereka.
|