BERMULA esok (12/01), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lagi sebanyak 1 sen. Manakala harga diesel pula naik 1 sen. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 12/01/2019 hingga 18/01/2019.
Ini bermakna, harga RON95 turun daripada RM1.93 kepada RM1.92 seliter. Bahan api RON97 pula turun kepada RM2.22 berbanding RM2.23 seliter sebelum ini. Manakala diesel pula naik daripada RM2.04 kepada RM2.05 seliter.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata akan menurunkan harga bahan api pada kadar lebih rendah sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.
Penetapan daripada bulanan kepada mingguan juga akan membolehkan pengguna menikmati perubahan harga lebih cepat.
Untuk info dengan lebih lanjut. Sila Klik halaman ini.
|