View: 1430|Reply: 6
|
Petronas Brands Tegur Syed Saddiq Bergambar Di Stesen Minyak
[Copy link]
|
|
Akaun Twitter yang menggunakan nama @teamsaddiq, telah berkongsi satu gambar menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mengisi minyak di stesen Petronas semasa dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
Kapsyennya, "Menteri memandu sendiri boleh ‘claim’ minyak tak? Menuju ke Cameron Highlands sebagai Ketua Pemuda Harapan tanpa jentera kerajaan."
Susulan itu akaun Twitter Petronas membalasnya dengan memberikan teguran.
Astro Awani melaporkan, kebanyakan netizen di media sosial bersetuju dengan teguran berkenaan dan menyifatkannya sebagai mengundang bahaya.
Foto: Twitter
Malah ada yang memuat naik gambar papan tanda larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.
Bagaimanapun akaun @teamsaddiq membalas tweet nasihat daripada syarikat pengeluar minyak nasional itu dengan memaklumkan gambar tersebut dirakam menggunakan kamera bukannya telefon bimbit seperti dianggap.
“Minta maaf admin (Petronas Brands). Kami ambil gambar guna kamera hihi,” balasnya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun akaun @teamsaddiq membalas tweet nasihat daripada syarikat pengeluar minyak nasional itu dengan memaklumkan gambar tersebut dirakam menggunakan kamera bukannya telefon bimbit seperti dianggap.
Kamera pon bahaya dan bukannya Intrinsically safe equipment.
Memang boleh kena saman membahayakan orgramai sebab guna kamera.
Intrinsically safe equipment is defined as "equipment and wiring which is incapable of releasing sufficient electrical or thermal energy under normal or abnormal conditions to cause ignition of a specific hazardous atmospheric mixture in its most easily ignited concentration."
Memang kamera, normal torchlight dan banyak lagi equipment
yg tidak intrinsically safe TAK BOLEH digunakan di tempat2 yg bahaya.
Hanya equipment2 yg telah disahkan selamat dan mempunyai cop shj
dibenarkan guna ditempat2 hazardous areas.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..nak marhaen sangat la konon |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ada BBNU mengikut bergambar di petrol station sudahlah |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ker kamera pon dilarang...n bukankah bole didenda? klu betul salah, maka tolonglah amik tindakan and denda tetap denda. jgn lar nnt wat rayuan dikurangkan denda sb nak wat amal atau nak isi minyak pakai duit sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ceh mcm bagus reply guna camera padahal camera is also not allowed |
|
|
|
|
|
|
| |
|