Selepas isu halal Family Mart diwar-warkan, kini Malaysia digegarkan lagi dengan beberapa keping gambar yang mengejutkan tentang pembuatan gula-gula. Gambar tersebut menunjukkan bahan-bahan mentah yang dibuat menggunakan mesin tumpah dilantai serta penghasilan yang tidak kemas.
Sekali pandang memang nampak ia kotor, tetapi adakah betul ia menyalahi prosedur di kilang atau ini sekadar fitnah semata-mata?
Kredit foto: Twitter
Netizen yang percaya dengan gambar ini menyatakan kegelian dengan tahap kebersihan pembuatan gula-gula.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun lebih ramai yang menyatakan tiada masalah dengan gambar tersebut. Ini kerana pelbagai SOP telah dipatuhi seperti gambar ketiga yang memaparkan lebihan gula-gula dilantai, jadi semestinya lebihan tersebut tidak digunakan lagi. Manakala gambar keempat pula menunjukkan pekerjanya meletakkan plastik di lantai serta adanya bakul khas.
Lagi pula pekerja tersebut dilihat mematuhi peraturan seperti memakai kemeja lengan pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman dan memakai sarung tangan. Tiada masalah sebenarnya.
Isu makanan halal dan bersih sememangnya amat dititikberatkan di Malaysia. Jadi, setiap kilang perlu mematuhi standard prosedur yang telah ditetapkan demi mengelakkan perkara buruk berlaku. Kalau anda pula, yakin ke dengan makanan di luar sana? - CARI
|