View: 8904|Reply: 86
|
Lelaki Seberat Hampir 200kg Paksa Pramugari Bersihkan Duburnya
[Copy link]
|
|
Beberapa pramugari berdepan detik mengaibkan apabila dipaksa penumpang dengan berat hampir 200 kilogram (kg) untuk membersihkan duburnya sementara dia 'mengerang kenikmatan'.
Menurut salah seorang pramugari yang dikenali sebagai Kuo, lelaki berusia 31 tahun itu meminta pramugari untuk menanggalkan seluarnya supaya dia boleh membuang air, lapor Mirror.
Bagaimanapun, dia kemudian memaksa mereka untuk mengelap punggungnya sehingga dia berpuas hati kerana tangannya mengalami kecederaan.
Difahamkan, apabila permintaannya itu ditolak, lelaki terbabit mula menjerit kemarahan.
"Dia menyuruh saya masuk ke dalam bilik air dan mengugut akan membuang air di atas lantai pesawat jika tidak mengikut arahannya," kata Kuo pada sidang akhbar.
Penumpang itu juga memarahinya apabila Kuo menutup kemaluannya dengan selimut.
Kuo dan beberapa pramugari lain tidak meninggalkan lelaki itu bersendirian kerana bimbang dia terjatuh atau terperangkap di dalam bilik air itu.
Lelaki itu kemudian mendesak mereka membersihkan bahagian belakangnya selepas selesai membuang air.
Menurut Kuo, ketua pramugari terpaksa melakukannya dengan memakai tiga helai sarung tangan getah, manakala Kuo membantu lelaki itu duduk dengan stabil.
Lebih menghinakan, lelaki itu mengerang kenikmatan ketika pramugari berkenaan sedang membersihkan duburnya.
Kononnya tidak berpuas hati dengan cara mereka membersihkan duburnya, lelaki itu memaksa pramugari berkenaan untuk melakukannya hingga tiga kali sebelum dia berasa puas dan menyuruh mereka membantunya memakai seluar.
Menurut laporan Focus Taiwan, kejadian berlaku dalam penerbangan EVA Air dari Los Angeles ke Taiwan dan penumpang berkenaan menaiki pesawat menggunakan kerusi roda.
Selain meminta untuk diberikan tiga tempat duduk kerana saiz tubuhnya yang besar, penumpang itu juga meminta untuk menggunakan bilik air kelas perniagaan kerana bilik air kelas ekonomi terlalu kecil untuknya.
Foto: Mirror
Berikutan kejadian, Kuo menggesa majikannya untuk mengemaskini peraturan sedia ada yang mengkhususkan krew kabin mestilah wanita.
Sementara itu, Kesatuan Pramugari Penerbangan Taoyuan yang mewakili Kuo mencadangkan kepada EVA Air sama ada penumpang sedemikian diharamkan daripada mengguna perkhidmatannya atau mula membuat pengambilan krew kabin lelaki. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org gemuk mmg perangai camnih ke? tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh kan dah menyusahkan orang.
Kasihan paramugari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 22-1-2019 02:25 PM
org gemuk mmg perangai camnih ke? tanya je
Tak la
I gemok tapi xda pun perangai cam gini |
|
|
|
|
|
|
|
syarat layak naik katebang ialah tangan boleh capai lubang...
kalau fail boleh deny boarding
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti berkenaan orang lain, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
susah juga klu ada org x betul naik...
klu btul sakit xde nya dia nak kenakan stewardess tu mcm tu sekali
kena ban terus dr mana2 flight
jahat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pula mengerang...setan betul...mcm saja nak kena kan org...sian pramugari..mesti rauma |
|
|
|
|
|
|
|
Banned je mangkuk hayun ni dr naik memana flight |
|
|
|
|
|
|
|
dia takde rasa tak selesa ke berat cecah smpai 200kg, iols naik 10kg pun dh rasa lain mcm |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya pramugari tu. Tak termuntah pulak dia masa cuci. Eeee |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 22-1-2019 02:33 PM
Ni mesti berkenaan orang lain, kan?
Hahahahaha siot je.
Cepat insulin tangkap maksud tersirat eh |
|
|
|
|
|
|
|
LautBiru52 replied at 22-1-2019 02:37 PM
Kesiannya pramugari tu. Tak termuntah pulak dia masa cuci. Eeee
Mungkin nak muntah tapi terpaksa tahan kerana mahu jaga nama airline. Akak salute sister2 pramugari lawa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww elok di black list dari menaiki pesawat |
|
|
|
|
|
|
|
haizzz.... kesian pramugari2 tu... dah lah gemuk, sudahkn org pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Ban this disgusting creature fm all airline pls |
|
|
|
|
|
|
|
Hihi. Orang itu tersangat famous dan kontroversi....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nenolen at 22-1-2019 03:05 PM
insulin replied at 22-1-2019 02:33 PM
Ni mesti berkenaan orang lain, kan?
Pyroxxxx kah, ohhh...dpt tangkap dah...mmg nama dia gemuk...tak baik tau korang |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik lain kali pakai pampers |
|
|
|
|
|
|
| |
|