CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2927|Reply: 19

TIPS MENAWAN HATI PELANGGAN ANDA

[Copy link]
Post time 30-1-2019 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 30-1-2019 10:04 PM

Tips.....menawan hati pelanggan anda.  Ada yang blur blur or x kuasa nak ambil tahu?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2019 10:32 PM | Show all posts
“Customer is always right!” jerit seorang bos yang merah padam mukanya seperti udang kena bakar kepada seorang pekerja sambil diperhatikan pelanggan wanita berbadan gempal yang tersenyum puas. Dengan kemarahan yang meluap-luap, pekerja itu mengorak langkah ke bahagian belakang kedai milik bos yang tidak berhati perutnya itu sambil diperhatikan pelanggan-pelanggan di dalam kedai. Dan sudah tentu, pintu belakang itu dihentam dengan sangat kuat, sebagai tanda protes.

Bunyi seperti kejam tetapi adakah bos itu memang betul-betul kejam? Atau ini lumrah biasa dalam dunia perniagaan? Atau memang pekerja tersebut patut kena pecat sejak dahulu lagi? Atau tindakan pelanggan wanita itu yang sebenarnya melampau?

Apapun sebabnya, pelanggan adalah raja. Ya, raja! Walaupun kadang-kadang istilah ini adakalanya tidak sesuai kerana ada juga pelanggan yang bersikap kasar, tetapi bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan baik, anda patut, harus dan wajib membiarkan pelanggan menang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 10:35 PM | Show all posts
1. Pukau Hatinya Dengan Perkhidmatan Terbaik.

Kadang-kadang kesilapan kecil je menyebabkan seorang pelanggan dah tak datang kembali ke kedai anda. Kadang-kadang, kesilapan kecil tu mereka tak ambil kisah sangat disebabkan perkhidmatan pelanggan anda yang sangat hebat.

Macam kedai mamak, tak sedap sangat pun orang masih datang sebab perkhidmatannya cepat dan semua jenis makanan pun ada. Dalam dunia yang gila sekarang ini, manusia hidup penuh dengan tekanan. Kesesakan, masalah duit, masalah perhubungan dan macam-macam.

Ada kalanya perkhidmatan terbaik yang anda berikan jadikan mereka rasa best. Cuba fikirkan kembali apa perkhidmatan dalam perniagaan anda yang boleh diperbaiki. Senaraikan dan cari jalan untuk jadikannya lebih baik supaya dapat pikat hati mereka.

Bak kata Dr Azizan “berikan ‘user experience’ yang memukau hati pelanggan.” 81% dari pelanggan akan datang kembali ke sesuatu perniagaan, bila mereka dapat perkhidmatan pelanggan yang excellent dari peniaga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 10:35 PM | Show all posts
2. Ikat Emosi Dengan ‘Content’.

Perasan tak, manusia sekarang lebih banyak baca sesuatu di media sosial atau bacaan online dari baca bahan bacaan manual? Tapi, jumlah cetakan novel-novel cinta masih lagi tinggi kerana sifatnya yang melayan dan bermain-main dengan emosi pembaca.

Jadi, anda boleh cuba ikat emosi pelanggan anda dengan ‘content’ yang menarik, yang berguna, yang memukau dan yang sentiasa membuatkan mereka ternanti-nanti posting anda yang seterusnya.

Tak bermakna anda nak kena tulis novel cinta di posting anda, tapi anda boleh gunakan teknik copywriting yang hebat untuk jadikan pelanggan jatuh cinta dengan anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 10:36 PM | Show all posts
3. Janji Ditepati.

Kalau anda ada pasangan hati, cuba try test tak tunaikan janji. Cubalah. Buat-buat lupa janji lebih dari 3 kali…akibatnya bye..bye! Kalau dah janji stok baru datang minggu depan, pastikan ianya betul-betul ada.

Pelanggan takkan tanya “bila stok baru sampai” jika mereka tak berminat nak membeli dari anda. Dalam dunia perniagaan yang sangat kompetitif ini, menepati janji adalah satu perkara penting.

Ada peniaga suka berjanji dengan alasan nak pikat pelanggan tapi sekali mungkir janji, susah untuk orang nak percayakan anda lagi. Silap-silap pelanggan akan kata anda seorang penipu sebab asyik tak tepati janji.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 10:36 PM | Show all posts
4. Dengar Suara Hati Mereka.
Memang tak dapat nak ditolak, ada masanya kita tak dapat nak puaskan hati dan permintaan semua pelanggan walaupun kita dah cuba yang terbaik. Kadang-kadang, masih ada pelanggan yang tak berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk yang kita berikan.

Apa nak buat? Luangkan masa dengar maklum balas mereka. Mungkin ada yang datang atau hubungi anda dengan marah-marah dankekecewaan, anda perlu bersabar dan biar mereka luahkan.

Cara terbaik untuk layan komplen dan feedback negatif ini ialah dengan beri peluang mereka bercakap, dengar baik-baik dan bila dah habis, minta maaf dan ulang kembali segala luahan hati mereka. Cara ini buatkan mereka fikir anda ambil serius ketidakpuasan hati mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2019 10:37 PM | Show all posts
5. Konsisten Bagus Dalam Layanan.

Haa..Ini penting! Peniaga jangan nak emosi sangat. Kadang-kadang, ada hari dan bulannya bila kita pergi ke satu-satu kedai, kita dapat layanan yang sangat best, tapi bila kita pergi sekali lagi layanannya dah tah macam apa.

Sama juga dengan produk yang diberikan, kali pertama dan kedua beli produk yang sama kualitinya sangat bagus, bila dah sampai kali ketiga dah mula kurang kualitinya. Siapa pernah ada pengalaman macam ni?

Kali pertama datang ke sesebuah restoran, nasi goreng ikan masinnya sangat best, minuman fresh orangenya yang terbaik dari ladang. Tapi, bila datang kali kedua, nasi goreng ikan masin dan fresh orangnya dah jadi hambar.

Agak-agak mereka nak datang kali ketiga tak? Ini macam dah potong minat pelanggan untuk terus setia dengan anda. Jadi, pastikan layanan dan kualiti yang anda berikan adalah konsisten pada tahap tertinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 10:38 PM | Show all posts
6. Sentiasa Di Sisi.
55% pelanggan dah tak mahu berurusan dengan sesebuah peniaga kerana peniaga tersebut tak mampu selesaikan masalah mereka dalam kadar waktu yang mereka kehendaki.

Pernah tak anda ke sesebuah kedai yang anda dah mula rasa nak suka, tapi kemudiannya anda tengok kedai tu buka dan tutup ikut suka hati?

Atau pernah tak anda hubungi mana-mana syarikat yang memberikan perkhidmatan dan mereka asyik beri alasan seolah-olah nak mengelak untuk bantu anda? Peniaga macam ini memberi gambaran mereka berniaga bukan untuk bantu pelanggan selesaikan masalah mereka.

Mereka tak pedulikan sangat kehendak pelanggan tapi hanya mementingkan kehendak diri sendiri.Contoh terbaik dari 7-Eleven, ramai orang sukakan mereka kerana sentiasa ada di sisi.

Dengan taglinenya “Always There For You” kadang-kadang menjadikan anda masuk ke 7 Eleven bukan sebab nak beli apa-apa pun, tapi akhirnya terbeli juga. Betul kan…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2019 10:39 PM | Show all posts
7. Bertanggungjawablah.

Pikat hati pelanggan dengan jadi peniaga yang bertanggungjawab. Orang kata ‘act of kindness’ adalah kunci kepada perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Macam orang kata “jangan tipu isteri, macam mana tipu pun mereka akan tau juga.”

Begitu juga dengan pelanggan, jangan tipu pelanggan, lambat laun pasti akan tahu juga. Ambil tanggungjawab untuk berikan perkhidmatan terbaik dan berniaga secara penuh berhemah. Jangan libatkan diri anda dengan perniagaan yang tak baik dan dari sumber yang tak baik.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:08 AM | Show all posts
maaf kami di cariforum masih tertanya tanya status phd tuan azizan osman? betul ke berita yang keluar tv3 itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 30-1-2019 10:04 PM
CiliPadiSedap replied at 30-1-2019 04:08 PM
maaf kami di cariforum masih tertanya tanya status phd tuan azizan osman? betul ke berita yang kelua ...


hihihi.... itu kena tanya dia.. saya ambil tips dia je yg sy rasa ok utk share

tp tq.. lupa pasal ni utk elak soklan sy tukarla gambarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 30-1-2019 04:08 PM
maaf kami di cariforum masih tertanya tanya status phd tuan azizan osman? betul ke berita yang kelua ...

cilipadi berniaga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:32 AM | Show all posts
adila39 replied at 31-1-2019 05:59 AM
hihihi.... itu kena tanya dia.. saya ambil tips dia je yg sy rasa ok utk share

tp tq.. lupa p ...

sedih saya bila dia tak de phd sedangkan saya percaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 31-1-2019 01:32 AM
sedih saya bila dia tak de phd sedangkan saya percaya

ooo... well off record, jgn bother semua tu. Ambil info yg benefit shj. paling tak dia berjaya gather ramai peniaga melayu... this is true.. kawan sy ramai yg join... and surprisingly mereka berjaya.

i never attend any sbb personal opinion... semua effort dtg dari diri sendiri so i dont need a motivational boost talk etc.. but some sangat membantu. So jgn sesedih...dia tetap move on and masih lg hebat do kalangan peminat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 09:41 AM | Show all posts
adila39 replied at 31-1-2019 09:41 AM
ooo... well off record, jgn bother semua tu. Ambil info yg benefit shj. paling tak dia berjaya gat ...

mudah je jangan bother semua itu. susah kalau dah pentaksub. macam mana yang joint sebab percaya status dan gagal capai target?

kelas dia bukan murah kan? yang mana berjaya naik pentas mana yang gagal bagaimana pula? kalau tiada phd kena clearkan tiada phd kan mudah? kenapa perlu menipu?

fake it till make it? tak pelah. bisnes ni banyak mazhab, ramai lagi millionaire yang berjaya tanpa kelas azizan , pokok pangkal diri sendiri. kalau dah pemalas pergi kelas super ring sekalipun tetap takkan berjaya. cuma pe saya kesal tak perlu jadi pentaksub. menipu status phd lepas tu counter attack dengan jasa tolong ramai melayu. melayu bayar duit kelas bukan melayu pergi free ( kecuali memang ada kelas free ).. istilah tolong melayu tak bermaksud halalkan status phd palsu..

pekara salah tetap salah . harap maklum. sebab takut salah maka edit tajuk ye? kaka dah printscreen siap2.. hidup ni simple je kalau tiada phd ngaku tiada.. malu akak tengok sampai keluar tv3..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 11:33 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 1-2-2019 01:41 AM
mudah je jangan bother semua itu. susah kalau dah pentaksub. macam mana yang joint sebab per ...

hi kak cili,

Tadi I dah tulis via hp pastu hilang terus lupa.

Anway i am totaly agree with you. Tapi from other perspective...i rasa ia membantu to some groups yang percaya pada mekasinis therapy talk gini. Cuma sadly yeah kes yang pasal pHD tu. I pun bukanla follower belia and sangat sayang duit utk pergi kursus begini just to get a motivasi dan sbgnya

Kita biarkan je la isu tu sbb i tgk dia tetap maintain je...hahahah our culture mybe lbih suka benda yg nampak gah...


I tak tukar topik cuma i edit nama Azizan Osman tu sbb xmau di salah erti. So maybe silap saya pilih tips ni...but again tips ni tak salah pun sbb logically mmg thats how it is suppose to be pun


Akhir kata wish u best of luck and yeah buat sampai jadi, that yr tagline kan.....


nite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi meollss tips2 jijang semang ni leh pakai cuma kita sndri nk g motivasi cmtu mgkin xkot sbb syg duit punya psal unless kita g ceramah @ kelas berkaitan skill contoh kelas jadi broker tanah ke, kelas cara blajar buat kek ke yg tu berbaloi gk..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 01:47 AM | Show all posts
adila39 replied at 30-1-2019 06:32 PM
“Customer is always right!” jerit seorang bos yang merah padam mukanya seperti udang kena bakar ke ...
Terpaksa setuju dengan kenyataan ini.
Yes ..customer is always right.

Pernah berbincang dengan beberapa orang surirumah yang rajin buat bisnez secara online .. dier rang tanya .. apa petua FC sehingga ada pelanggan tetap setia dan berulang?
Sejujur nya tak salah dan tak hina pun bila kita merendahkan diri kita bila berdepan dengan pelanggan yang cerewet.
Kita dengar permintaan mereka. Kalau kita rasa apa yang mereka minta tu dari pengalaman kita akan menjadikan apa yang mereka minta tu jadi tak cantik.. selembut boleh .. terangkan dengan cara mudah untuk mereka fahami.

Contoh :
Name keychain


ni antara paduan warna yang sesuai .. tapi bila pelanggan minta warna contoh .. hitam dan huruf nya biru tua (warna fav pelanggan)
kita kena terangkan .. huruf tu nanti tak kan menonjol. Sekira nya pelanggan tetap nak juga .. ikut jer la asaalkan kita dah bgtau awal awal. Yes .. customer is always right.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 02:00 AM | Show all posts
adila39 replied at 30-1-2019 06:35 PM
1. Pukau Hatinya Dengan Perkhidmatan Terbaik.

Kadang-kadang kesilapan kecil je menyebabkan seoran ...
Setuju .

FC cuma berani menulis dari pengalaman dan apa yang Fc perati dari sekeliling FC.
Lebih giat dalam menjual dan membuat handwork .. apa yang FC perati .. ramai bila dah labelkan hasil kerja mereka sebagai handwork .. handmade ..handcrafted .. ramai ambik mudah pasal kualiti barangan yang mereka hasilkan.
Ramai merungut .. "orang kita bla bla tak menghargai seni"
Memang ada betul nya juga .. yes .. orang kita selalu nya bila order .. nak cantik.. nak bosar .. nak semua perfect.. tapi? nak murah.
Tak semua.
Yang sedih nya FC perati .. ada ja penjual / pembuat hasil kerja dengan label handmade .. homemade .. rega? huhuhu kemain.. tapi? hasil nya ?? baik lagi beli kat kedai.. cantik pun cantik.. murah pun murah.

Sebab tu FC bgtau kat yang berminat dalam mencari wang lebih dengan membuat kraf tangan ni.. jaga mutu .. jaga mutu .. jaga mutu.
Tanya diri sendiri .. nak ke sendiri beli barang tu .. dengan harga sekian sekian sekian? Berbaloi tak? Kita akan dapat jawapan nya jika kita jujur dengan diri sendiri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-2-2019 06:00 PM
Setuju .

FC cuma berani menulis dari pengalaman dan apa yang Fc perati dari sekeliling FC.

sangat setuju dgn apa yg adik cakap

berniaga ni juga adalah satu seni

apatah lagi berniaga mmc fc, kualiti dan preference pastinya kena sama dgn apa yg u expect

dlm soal business semua lupa berkat peniagaan juga memainkan peranan, bila KEHIDUPAN kita tenang dan kita membuat sesuatu dgn hati dan minat ditambah pula dgn KEHIDUPAN yg diberkati... semua akan jadi mudah.

Simple but itulah sebenarnya the core point.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.287234 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list