CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5020|Reply: 37

Najib Tayang Hadiah Pemberian Raja Arab Saudi

[Copy link]
Post time 31-1-2019 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini Dato' Seri Najib Razak melalui akaun facebooknya telah memuat naik gambar hadiah berharga yang diperolehinya daripada Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.


Menurut kapsyen gambar tersebut, Najib menjelaskan pada tahun 2010, Almarhum Raja Saudi pernah menghadiahkannya sebahagian kelambu Kiswah Kaabah yang digunakan pada tahun 2009 secara peribadi kepadanya.



Sumber Gambar : FB Najib Razak




"Bahagian kain Kiswah yang baginda hadiahkan kepada saya amat besar dan seberat 170kg. Ia merupakan bahagian yang paling berharga dan bermakna kerana merupakan bahagian Multazam yang ada banyak tenunan dan hiasan benang perak dan benang emas untuk menutup pintu Kaabah,"  terang Najib dalam hantaran tersebut.


Najib menganggap pemberian bahagian Kiswah itu kepadanya tidak boleh dinilaikan namun berdasarkan maklumat yang beliau tahu, bahagian kiswa itu bernilai sekurang-kurangnya US$20 juta (RM82 juta).


Najib tidak menolak kemungkinan akan mempamerkan bahagian Kiswah itu kepada umum dalam masa terdekat ini. Namun beliau masih lagi sedang melakukan perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan.



Sumber Gambar : FB Najib Razak




Menurut Najib, beliau pernah mempamerkan bahagian Kiswah itu di Seri Perdana tetapi dalam tempoh waktu yang singkat tanpa memaklumkan hal tersebut kepada media. Menurutnya lagi, pemberian itu terpaksa dirahsiakan kerana Almarhum Raja Abdullah bimbang jikalau perkongsian mengenai pemberian itu akan memberi impak kepada negara-negara Islam yang lain.


Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud merupakan Raja Arab Saudi yang memerintah Arab Saudi dari tahun 2005  sehingga 2015. Menurut Najib hubungan beliau dengan baginda bermula pada tahun 2009 iaitu sewaktu beliau baru saja dilantik menjadi perdana menteri.


Selain menerima hadiah kelambu Kiswah , pada tahun 2010 juga Najib telah dikurniakan anugerah kehormat tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu anugerah King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama). Ia adalah satu anugerah yang tidak pernah diberi kepada mana-mana perdana menteri Malaysia sebelum ini.













Sebenarnya ini bukan kali pertama Dato 'Seri Najib berkongsi gambar hadiah pemberian Almarhum Raja Abdullah di akaun facebooknya. Pada 3 September tahun lepas, Najib pernah membuat hantaran yang sama bagi menjawab tuduhan mereka yang masih tidak percaya beliau menerima duit derma dan pelbagai hadiah berharga daripada kerabat di raja terutamanya daripada Arab Saudi.



"Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk berkongsi kisah ini kerana ramai yang pernah bertanya dan supaya rakyat Malaysia dapat tahu mengenai hubungan rapat dengan penjaga dua kota suci ini sebelum ini, " terang Najib dalam hantaran tersebut.


Dalam hantaran yang pertama itu, Najib memberitahu beliau sangat sedih pada saat Almarhum Raja Abdullah mangkat pada tahun 2015. Beliau sanggup memberhentikan mesyuaratnya di World Economic Forum (WEF) di Switzerland dan terus berangkat ke Arab Saudi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.


Menurut Najib lagi, biarpun Raja Abdullah  digantikan Raja Salman, hubungan beliau dengan Arab Saudi kekal baik sehingga Raja Salman turut berkenan mengadakan lawatan ke Malaysia pada tahun 2017 dan telah mengumumkan pelaburan Aramco dimiliki Arab Saudi berjumlah US$7 billion (RM30 bilion) di projek Pengerang, Kota Tinggi di Johor. Pelaburan ini merupakan antara pelaburan yang terbesar sekali dalam sejarah Malaysia. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada lah macai pakatan hanching kata najib beli guna duit 1emdibi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org alim iol jumpa baru2 ni bgtau najib ni baik sbnrnya.. Tapi faktor sblh dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Bugis memang baik....tapi Melayu ramai busuk hati bersangka buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 02:57 PM | Show all posts
mata_kucing replied at 31-1-2019 01:34 PM
Ada org alim iol jumpa baru2 ni bgtau najib ni baik sbnrnya.. Tapi faktor sblh dia

famili si faktor tu pun cite benda yg sama, siap ngn adiknye cite

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 03:02 PM | Show all posts
mata_kucing replied at 31-1-2019 01:34 PM
Ada org alim iol jumpa baru2 ni bgtau najib ni baik sbnrnya.. Tapi faktor sblh dia

najib is ok, masuk kak ros tu yang hambar..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 31-1-2019 03:02 PM
najib is ok, masuk kak ros tu yang hambar..

Rosmah ni aku tak boleh nak fikir baik baik pasai dia. Nak nak lepas aku tengok video pendedahan keluarga sendiri tentang siapa itu rosmah mansur. Macam mana usaha dia merampas najib dari isteri pertama.

Nampak agak zalim jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 03:18 PM | Show all posts
Remyda replied at 31-1-2019 03:12 PM
Rosmah ni aku tak boleh nak fikir baik baik pasai dia. Nak nak lepas aku tengok video pendedahan k ...

kan,, mcm tak percaya dia blh buat mcm tu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 03:36 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 31-1-2019 05:40 AM
Orang Bugis memang baik....tapi Melayu ramai busuk hati bersangka buruk.

apa masalah ko ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 03:46 PM | Show all posts
jap lagi chai2 PH keluar la meroyan kejap kat sini..
umpan pop kon dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 04:12 PM | Show all posts
malu apa bossku...

kakros nyorok kat mana, solo je najib  sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 04:17 PM | Show all posts
arm_band replied at 31-1-2019 04:12 PM
malu apa bossku...

kakros nyorok kat mana, solo je najib  sekarang

adaje semalam ngekor najib pi istana pahang...bergambo dengan agong n permaisuri agong

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 31-1-2019 03:02 PM
najib is ok, masuk kak ros tu yang hambar..

yup btul la tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 31-1-2019 03:36 PM
apa masalah ko ni ?


Reality Melayu memang kuat perkauman..tapi lemah dlm kebodohan perkauman.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 04:43 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 31-1-2019 04:24 PM
Reality Melayu memang kuat perkauman..tapi lemah dlm kebodohan perkauman.

kau tu yg bahlol, hasil cantuman dna babi tolol keturunan


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 05:04 PM | Show all posts
najib ni dia cakap apa pun aku tak caya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mata_kucing replied at 31-1-2019 01:34 PM
Ada org alim iol jumpa baru2 ni bgtau najib ni baik sbnrnya.. Tapi faktor sblh dia

Other half??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:29 AM | Show all posts
mata_kucing replied at 31-1-2019 01:34 PM
Ada org alim iol jumpa baru2 ni bgtau najib ni baik sbnrnya.. Tapi faktor sblh dia

memang sangat baik sis..soft spoken..DSNR ni macam senasib arwah ayahandanya..tapi cara yg berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib ok,bini puaka yg tak ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:43 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 31-1-2019 03:46 PM
jap lagi chai2 PH keluar la meroyan kejap kat sini..
umpan pop kon dulu....

umpan pop kon tak menjadi...kena umpan air kencing & taik..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.284933 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list