Pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah, pernah digilai golongan remaja di Malaysia suatu ketika dahulu sewaktu filem Heart lakonannya dan Acha Septriasa yang mendapat tempat di hati peminat.
Kredit foto: kapanlagi.com
Irwansyah yang juga popular dengan lagu Pencinta Wanita, telah mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya iaitu Zaskia Sungkar yang juga merupakan selebriti Indonesia. Mereka bernikah pada Januari 2011.
Walau bagaimanapun, setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga, Irwansyah dan pasangannya belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Akan tetapi, Irwansyah masih lagi positif dan menyatakan dia bahagia bersama isterinya. Waktu berdua yang mereka ada digunakan untuk mengembara bersama.
Kredit foto: Instagram
Di instagram, mereka dilihat melancong ke sana sini dan nampak bahagia sekali. Irwansyah kini sibuk dengan perniagaan makanan, manakala Zaskia sibuk dengan perniagaan butiknya.
Baru-baru ini, mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-8. Menurutnya, keluarga tidak menekan mereka dalam aspek anak, dan Irwansyah menegaskan bahawa semua rezeki serta ajal adalah di tangan Pencipta.
Kredit foto: Instagram
Para peminat turut mendoakan Irwansyah dan Zaskia cepat-cepat dikurniakan zuriat.
Mari sama-sama doakan agar Irwansyah dan isteri dikurniakan rezeki cahaya mata suatu hari nanti. Semoga mereka berdua terus bahagia. - CARI |