Perceraian pasangan pelakon Channing Tatum dan Jenna Dewan yang mulanya aman-damai kini memanas apabila pasangan itu mula bertengkar mengenai hak penjagaan anak perempuan mereka, Everly, 5.
Kredit foto: Star Magazine
Menurut US Weekly, pasangan itu tidak sependapat mengenai hak penjagaan dan jadual lawatan menyebabkan mereka gagal menyelesaikan isu perceraian di mahkamah.
Kredit foto: People Magazine
Channing Tatum dikatakan telah mengemukakan satu dokumen yang mencadangkan jadual lawatan anaknya secara konsisten kerana Everly dikatakan tertekan dengan jadual sekarang yang memerlukannya berpindah-randah antara dua rumah Channing dan Jenna yang terletak berjauhan.
Dalam jadual cadangannya, Channing menyatakan akan menyewa sebuah rumah berdekatan sekolah Everly yang mempunyai kemudahan lengkap supaya dia dan anaknya dapat melakukan aktiviti bersama seperti berenang dan mendaki bukit. Bagaimanapun, Jenna yang menuntut lebih masa untuk bersama dengan anaknya dikatakan tidak senang dengan jadual tersebut.
Kredit foto: Youtube
Menurut sumber, perebutan untuk mendapakan lebih masa dengan anak menyebabkan pasangan itu yang mulanya bersetuju bercerai secara damai kini semakin emosional dan enggan beralah.
Menurut The Insider, kegagalan pasangan itu memikirkan lebih awal mengenai jadual Everly menyebabkan mereka kini berdepan masalah untuk mengesahkan dokumen perceraian.
Anak mereka, Everly pula dikatakan semakin tertekan kerana terus tersepit antara kedua ibu bapanya itu.
Kredit foto: Page Six
Semoga perceraian ini menemui jalan damai segera demi kehidupan anak mereka yang masih kecil. - CARI |