"Dahla lagu tak sedap, perasan bagus. Aku tak bagi bini aku dengar lagu Ayda Jebat. Kalau boleh beca-beca kat Melaka ni sekali aku nak haramkan jangan pasang!"
Begitu sekali bencinya netizen ini pada lagu terbaharu Ayda Jebat iaitu Temberang. Tidak menyedari 'tweet'nya mendapat perhatian daripada Ayda sendiri lalu dipost pada status terbaharunya dengan sindiran sarkastik.
Kredit foto: Twitter
Memandangkan lagu Temberang dari awal sudah diselubungi kontroversi membuatkan lagu ini sentiasa mendapat perhatian netizen. Bagaimanapun individu yang mengecam tersebut dilihat masih tidak berpuas hati dengan status Ayda yang seperti mengugut juga seperti menyindir adakah dia perlu berasa takut?
Kredit foto: IG
Status ini mendapat perhatian daripada netizen lain lalu masing-masing bertegang pendapat dengan satu pihak menyokong pendapat Temberang tidak sedap manakala satu pihak lagi menyebelahi Ayda.
Kredit foto: IG
Manakala bagi mereka yang menyukai lagu ini pula berpendapat teguran boleh dibuat secara membina bukannya menghasut orang lain. Jika tidak suka mendengar lagu tersebut, boleh sahaja memilih untuk mendengar lagu lain.
Kredit foto: IG
Nampaknya Ayda mengambil serius komen-komen netizen kerana telah membuat status lebih awal dari insiden ini berkenaan tindakan undang-undang. Malahan Ayda turut menyatakan kepada Helmy supaya berhati-hati, takut ada surat yang menyusul selepas ini hingga akhirnya status asal telah dipadam. Serius juga kalau macam ni kan?
Selepas Linda Rafar, nampaknya Ayda Jebat juga mahu mengambil tindakan sewajarnya terhadap netizen bermulut celupar. Jadi, awas 'keyboard warrior' di luar sana ya. - CARI
|