Seorang pengantin baru yang menggunakan nama samaran u/throwaway_peen34 menghebohkan forum Internet popular Reddit minggu ini apabila meluahkan kekecewaan malam pertamanya akibat 'barang kemas' suaminya hanya berukuran tiga sentimeter (1.15 inci).
Kredit foto: Daily Express
Wanita itu mendedahkan mereka berkenalan selama enam bulan sebelum bertunang dan berkahwin enam bulan kemudiannya. Perkahwinan mereka dikatakan berlangsung pada Sabtu lalu (9 Januari 2019).
Menurut wanita itu, sekembalinya daripada bulan madu beliau terus meluahkan kekecewaannya di forum Reddit. Beliau mengesyaki suaminya mempunyai sindrom micropenis.
Kredit foto: Reddit
Sindrom micropenis adalah keadaan di mana saiz kemaluan lelaki jauh lebih kecil daripada biasa. Punca utamanya adalah kekurangan hormon androgen si ibu ketika mengandung dan kegagalan sintesis hormon testosteron. Dianggarkan, 0.6 peratus lelaki seluruh dunia mengalami kecacatan ini.
Kredit foto: Reddit
Wanita itu mendedahkan tidak pernah melakukan sebarang hubungan seks dengan suaminya ketika zaman bercinta kerana mendakwa suaminya berfikiran konservetif.
"Kami pernah ringan-ringan, tetapi tidak sampai sehingga melakukan seks," katanya.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, dia terperanjat besar ketika malam pertama mereka, tetapi berjaya menyembunyikan kekecewaan daripada pengetahuan suaminya.
Kredit foto: Mirror.com
Wanita itu meminta pendapat warga Forum Reddit apakah yang perlu dilakukannya.
"Wajarkah saya rasa kecewa?" soalnya yang kemudian dijawab beberapa forumer dengan menyatakan dia berhak untuk berasa kecewa, tetapi masa perkenalan mereka berdua terlalu singkat.
"Saya rasa ada banyak lagi kejutan menanti anda kerana berkahwin dengan orang yang anda sendiri tidak kenali dengan baik," kata seorang lagi.
Satu masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan. Apa pendapat pembaca pula? - CARI |