“Saya pencuri hati rakyat."
Demikian akui Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas sesi lawatan dan beramah mesra bersama penduduk di Tesco Semenyih, semalam.
Menurut Kosmo!, Najib berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menggelarnya sebagai ‘pencuriku’.
Sebaliknya, beliau menyifatkan dirinya sebagai pencuri hati rakyat.
“Saya tidak sangka sambutan yang diberikan penduduk begitu luar biasa. Ini menunjukkan mereka mahu mendekati saya sebagai seorang pemimpin.
“Mudah-mudahan, sokongan yang diberikan malam ini diterjemahkan dalam bentuk undi nanti,” katanya yang teruja disambut kira-kira 500 penduduk Semenyih yang melaungkan slogan ‘malu apa bossku’ sebagai tanda sokongan.
Kredit foto: IG Najib
Difahamkan, tujuan Najib mengunjungi Semenyih adalah atas permintaan pemimpin tempatan UMNO untuk membuat tinjauan selain membeli-belah barangan dapur di sana. - CARI
|