Wanita kerdil warga Vietnam adalah antara lapan yang ditahan pihak berkuasa hari ini di sebuah rumah urut di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Memetik laporan Harian Metro mereka yang ditahan terbabit dengan kegiatan persundalan dan ketika serbuan, satu laluan rahsia menghubungkan premis urut itu dengan sebuah butik pakaian ditemui.
Ini bukan kali pertama kerana menurut Pengarah Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood, premis itu pernah diserbu sebelum ini namun dibuka semula.
Kredit foto: Harian Metro
“Kesemua wanita membabitkan lima warga Vietnam dan tiga wanita tempatan yang ditahan berusia antara 22 tahun hingga 30 tahun.
“Hasil siasatan, kita mendapati, kesemuanya menawarkan khidmat layanan seks kepada pelanggan,” katanya.
Pihak berkuasa bertindak drastik memecah dinding bilik, memotong bekalan air serta merampas peralatan dibuat bagi melumpuhkan operasi rumah urut yang menawarkan kegiatan tidak bermoral.
“Kesemua wanita berkenaan kita tahan bagi disiasat kerana terbabit kegiatan pelacuran selain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di negara ini,” katanya. - CARI |