Setiap umat Islam dituntut supaya menutup aurat terutama ketika menjejakkan kaki ke masjid. Bukan itu sahaja, semua pengunjung bukan Islam juga diminta untuk menutup aurat sebagai tanda menghormati rumah ibadat Muslim itu.
Pun begitu, tular di Twitter baru-baru ini, apabila seorang gadis telah melawat sebuah masjid di India tanpa menutup auratnya.
Menerusi kapsyen gadis itu, dia menyampaikan bahawa hijab adalah tuntutan budaya dan bukannya kewajipan agama.
Keterangan gadis itu dihentam habis-habisan oleh kebanyakan netizen yang bengang kerana pendapatnya yang mengikut kepalanya sendiri dan tidak berlandaskan al-Quran.
Ada juga netizen yang menyelar tindakan wanita ini yang melancong semata-mata untuk mencari masjid bersesuaian dengan kefahamannya.
Menurut seorang netizen, ini bukanlah kali pertama gadis ini melakukan perkara sebegini. Maryam Lee yang juga aktivis feminisme pernah beberapa kali sebelum ini 'memanaskan' laman sosial dengan kenyataan-kenyataan provokasinya.
Sementara itu, seorang netizen berkongsi gambar dua artis antarabangsa terkenal, Camilla Cabello dan Dua Lipa yang menghormati masjid dengan mengenakan pakaian menutup aurat ketika berkunjung ke rumah ibadah itu.
Kredit foto: Twitter
Macam-macam betullah. Huru-hara jadinya bila ada puak yang menegakkan fahaman mereka sendiri! - CARI |