View: 52602|Reply: 550
|
[Tempatan]
[Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan
[Copy link]
|
|
Edited by Remyda at 19-3-2019 03:09 PM
Ibrahim Isa
PELAJAR SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dikejarkan ke HSI akibat terhidu toksik dibuang di Sungai Kim Kim berdekatan sekolah mereka, semalam.
GELOMBANG kedua kesan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, tengah hari semalam menyebabkan seramai 106 orang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Ia menyaksikan jumlah keseluruhan pesakit seramai 207 orang sejak Khamis lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 38 orang di wad HSI.
Katanya, kes itu mula dilaporkan sejak 7 Mac lalu dan Jabatan Kesihatan Negeri masih melakukan pemantauan ke atas kesan sisa toksik kepada orang awam di kawasan berkenaan.
“Sehingga kini punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berwajib dan sehingga sebelum tengah hari 11 Mac, jumlah keseluruhan pesakit yang terkesan akibat kejadian itu adalah 103 orang dengan kebanyakan pesakit dibenar pulang.
“Hanya 25 orang masih dalam pemantauan di HSI, termasuk dua pesakit di ICU.
“Bagaimanapun, tengah hari tadi (11 Mac) 2019, didapati terdapat gelombang kedua dengan majoriti kes membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.
“Sehingga 11 malam tadi seramai 29 orang dihantar ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut, manakala 77 orang dirujuk ke HSI," katanya.
Beliau berkata, seramai 35 orang dimasukkan ke HSI untuk rawatan lanjut dan daripada jumlah itu, empat pesakit dimasukkan ke ICU.
Menurutnya, selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama dibenar pulang, jumlah terkini pesakit masih berada di HSI adalah 44 orang (enam di ICU dan 38 di wad).
“Jumlah keseluruhan pesakit akibat kes berkenaan meningkat kepada 207 orang dan pelaporan kes menerusi notifikasi klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital.
“Seperti dimaklumkan sebelum ini, kejadian ini mengakibatkan mangsa terhidu bau yang menyengit diikuti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.
“Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini ditutup semula dan kami menasihatkan pihak sekolah serta penduduk tempatan supaya mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada, sesak nafas dan disyaki terhidu atau terdedah kepada bahan kimia berkenaan," katanya.
Beliau berkata, orang ramai perlu menggunakan air terawat untuk aktiviti harian dan kerap mandi manakala pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelak kemungkinan sisa toksik terkena di badan.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan mengelak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sehingga arahan seterusnya.
Katanya, orang ramai diminta mengikuti maklumat terkini kejadian daripada sumber sahih dan mematuhi arahan agensi kerajaan. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 11:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tutup sekolah hingga keadaan selamat - MB Johor
Ibrahim Isa
PASUKAN perubatan memberi bantuan kepada murid yang terhidu sisa toksik di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, semalam. FOTO Hairul Anuar Rahim.
KERAJAAN negeri Johor meminta dua sekolah yang terjejas teruk akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, supaya ditutup sementara hingga keadaan selamat.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.
Beliau berkata, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) pada 7 Mac lalu, keputusan diambil untuk membuka semula kedua-dua sekolah pada 11 Mac.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian keselamatan dibuat dan mendapati keadaan udara di kedua-dua sekolah berkenaan selamat daripada sebarang unsur pencemaran bahan kimia.
“Bagaimanapun, kejadian pagi tadi (semalam) adalah sesuatu di luar jangkaan dan amat dikesali.
“Saya meminta JPBBD memastikan sekolah berhampiran sungai berkenaan ditutup sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat untuk pelajar dan guru meneruskan sesi pembelajaran.
“Ketika ini pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melakukan kerja pembersihan bagi memastikan keadaan persekitaran dan kualiti udara selamat daripada sebarang pencemaran bahan kimia," katanya.
Osman berkata, agensi kerajaan itu berusaha mengenalpasti punca pencemaran supaya kejadian sama tidak berulang.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan tiga suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja dipercayai membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim ditahan pihak berkuasa dan akan didakwa dalam masa terdekat.
“Kerajaan Negeri menerusi agensi berkaitan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak bertanggungjawab membuang bahan kimia ke sungai sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sisa kimia yang menjejaskan alam sekitar dan membahayakan nyawa penduduk setempat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 11:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebuah lagi sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang terkesan akibat pencemaran gas susulan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pagi tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 11:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lapan murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas dipercayai mempunyai kaitan dengan pencemaran gas metana. - Dr Sahruddin Jamal |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 11:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang diarah tutup buat sementara waktu. - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai kim kim tu memang la dah sedia ada kotor..ditambah lagi dengan pencemaran toksik ni. Come on Johor..kata duit banyak sampai boleh ada own jet, tayang kereta, beli player mahal..takkan nak cuci sungai n invest duit uit untuk pemulihan sungai pun tak boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 02:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
JAS sudah selesai mengambil dan merekod keterangan 3 suspek yang dipercayai membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. - Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh |
|
|
|
|
|
|
|
Ini benar-benar menimbulkan amarah |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi tangkap lah. Suruh kerja amal sedut taik angkat sampah bersih kan sungai pantai sampai bersih |
|
|
|
|
|
|
|
xkan dpd aritu xde kena tangkap
siap boleh buang lagi lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha jgn sebut gitu
nanti ko kena tuduh dengki
haters JDT
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 03:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
haruslah replied at 12-3-2019 03:26 PM
xkan dpd aritu xde kena tangkap
siap boleh buang lagi lak tu
3 orang sudah di tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
X pasal2 bdk2 jadi mangsa.
Otak singkat betul yg buat ni..
Letakkan dorang..bos comp tu kat tempat tercemar ni..jgn tolong lepas tu.rasakan plak. |
|
|
|
|
|
|
|
buang duit jota jota bagi bersih last last org bagi kotor balik...maluapabosku
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 05:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Murid mula sesak nafas, loya, muntah sebelum rehat
Mohd Sabran Md Sani
PEGAWAI perubatan dan guru memberi bantuan kepada murid selepas mengalami tanda sesak nafas, loya dan muntah di SK Tanjung Puteri Resort. FOTO Mohd Sabran Md Sani
“KEJADIAN berlaku sebelum waktu rehat apabila empat murid tiba-tiba mengalami sesak nafas, loya dan muntah,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Mohd Asri Abdul Kadir.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, empat murid terpaksa dikejarkan ke bilik rawatan sekolah selepas mengalami simptom keracunan dipercayai terhidu gas kimia dari Sungai Kim Kim.
Mohd Asri berkata, gelombang ketiga pencemaran itu dihadapi seramai 857 murid sekolah apabila terhidu bau pencemaran akibat dibawa angin kuat pagi tadi.
“Pagi tadi, sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan selama ini tiada tanda murid terhidu gas kimia terbabit sejak kejadian itu berlaku enam hari lalu, murid dan pengurusan sekolah tidak berdepan sebarang masalah kesihatan.
“Bagaimanapun keadaan cemas bermula jam 9.45 pagi apabila empat murid berdepan tanda loya, muntah dan pening,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, hari ini.
Menurutnya, dia terpaksa mengambil langkah utama dan mengarahkan semua murid berkumpul di kawasan lapang bagi memastikan keselamatan terjamin sejurus selepas empat murid mendapatkan rawatan.
“Saya arahkan semua murid dan pengurusan sekolah termasuk guru turun di dataran perhimpunan bagi memudahkan tindakan susulan dilakukan.
“Tidak lama kemudian bilangan murid yang mengalami tanda pening, loya dan muntah bertambah sebelum dikejarkan ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini, untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurutnya, murid sekolah itu silih berganti dikejarkan ke dewan dengan menaiki ambulans bermula jam 10 hingga 11.30 pagi bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Pada masa sama, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) datang untuk melihat kualiti udara, namun tahap bacaan sifar, selain mengesahkan ia berpunca daripada angin.
“Anggota balai bomba dan penyelamat mengarahkan penutupan sekolah dan mengarahkan kakitangan dan murid pulang ke rumah pada jam 11.15 pagi,” katanya.
Menurutnya, sekolah itu kemudian dikosongkan, selain guru turut menghantar murid orang Asli dari Teluk Kabung pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.
Sementara itu, tinjauan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih mendapati petugas kesihatan membantu memberikan rawatan kepada kira-kira 100 murid sekolah terbabit.
Murid yang mengalami tanda sesak nafas dan muntah diberikan rawatan termasuk diberikan alat bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Situasi menjadi agak kelam kabut apabila ibu bapa turut hadir melihat keadaan anak masing-masing yang dirawat di dewan itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 06:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Luahan dari seorang guru
Pray for us again...
Murah sangatkah harga nyawa kami warga SMK Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih. Sy sendiri pakai mask. Dr pagi sampai balik dan berakhir di bilik kecemasan KKPG. Bayangkan jika saya tak pakai, sy ada asma. Ramai rakan2 guru sy ada asma.. anak murid sy... ramai rakan guru2 sy mengandung bahkan anak2 murid yg baru keluar wad... hadir ke sekolah. Nampak suasana sekolah tenang diawal pagi. PDPc berlaku dgn aman. Tenang. Menjelang slps rehat... seorang demi seorang mengadu pening, muntah2, sesak nafas. Ya... tragedi berulang. Bermulalah detik huru hara buat kali kedua. Sy sendiri... dada mula ketat... sakit.. pening dan lemah seluruh badan... tak mampu beri bantuan kpd rakan2 n anak2 murid. Call suami minta hantar ke klinik.
Tegarnya anda membuang sisa toksik merata... tegarnya anda meletakkan beban dibahu kami utk memikulnya... tegarnya anda membiarkan kami terluka...
Doakan yg baik2 buat kami semua... Doakan bencana ini berlalu pergi... Doakan hujan di bumi Pasir Gudang...
#Gastoxic
#OTWkeKKPG |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Orang awam selain yg kat sekolah ada kena sesak nafas pening muntah macam budak sekolah dan guru guru tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah jek ke yang kena... rasa2 kat sekeliling sekolah tu banyak rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2019 06:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
|