Suatu ketika dahulu, Malaysia Airlines (MAS) adalah antara syarikat penerbangan paling terkenal di seluruh dunia kerana makanan dan layanan kru kabinnya. Mereka menerima pelbagai penghargaan dan sanjungan atas kualiti perkhidmatan yang memberangsangkan.
Bagaimanapun, prestasi itu semakin malap susulan pelbagai insiden malang yang menimpa mereka.
Kredit foto: NST
Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda MAS kini semakin pulih daripada zaman kejatuhan. Terbaru, syarikat itu berjaya memenangi anugerah 'Best Airline in Asia' pada Pacific Area Travel Writers Association (PATWA) International Travel Awards di ITB Berlin.
PATWA International Awards ialah antara anugerah paling berprestij dalam dunia penerbangan dan dimulakan 18 tahun lalu. Penjurian anugerah ini dilakukan berdasarkan beberapa kriteria dan diaudit berdasarkan piawaian yang ketat. Anugerah itu diterima oleh Ahmad Lukman Mohd Azmi, Group CEO bagi pihak MAS.
Kredit foto: NST
Menurut kenyataan Izhar Ismail, CEO MAS, penganugerahan itu berikutan beberapa perkembangan positif dalam syarikat tersebut dalam dua tahun kebelakangan ini termasuklah pembelian kapal terbang baru dan inovasi produk dan digital.
'Ini satu bukti bahawa kami komited terhadap memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik buat penumpang' katanya.
Kredit foto: Carian Google
'Kami bangga dengan anugerah ini dan mendedikasikannya kepada kakitangan MAS yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik' tambahnya lagi.
Sebagai tanda terima kasih atas kemenangan ini, MAS kini menawarkan potongan harga 25% ke atas beberapa destinasi mereka seperti Hong Kong dan Sydney. Tawaran berakhir malam ini 12 Mac untuk penerbangan sehingga 31 Mei 2019.
Tahniah diucapkan kepada MAS dan semoga ini adalah comeback yang ditunggu-tunggu. - CARI |