View: 22512|Reply: 31
|
PANDUAN SHOPPING KOSMETIK DAN SKIN CARE MURAH BERKUALITI DI MYEONGDONG KOREA
[Copy link]
|
|
Edited by cyberdad at 16-8-2019 12:57 PM
Tips dan panduan ini amat membantu jika anda berhajat melancung ke Myeongdong, Seoul, Korea Selatan pada tahun 2019 ini dan ingin membeli belah produk kecantikan dan kosmetik asli Korea terbaik, berkualiti pada harga murah dan jimat. Senarai kedai kosmetik popular dan berjenama ini mungkin boleh anda kunjungi dan dapatlah shopping sepuasnya kerana di sini mempunyai banyak pilihan untuk anda miliki wajah dan kulit yang cantik sebagaimana kebanyakan wanita wanita Korea. Bagi yang terbatas kewangan tapi ingin mencari sumber produk kecantikan dan kosmetik Korea berkualiti yang 100% asli dan paling jimat di pasaran tempatan, bolehlah melihatnya di Mall Atomy Malaysia.
1. HOLIKA HOLIKA
Ditubuhkan pada tahun 2010, Holika Holika menjadi pilihan anak muda kerana produk produknya yang kontemporari. Asal jenama Holika ini adalah dari bahasa Inggeris iaitu holic, yang bermaksud ketagihan. Holika Holika menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan muda yang mungkin masih terbatas kuasa bei mereka. Jika anda kunjungi kedai ini, anda boleh mendapatkan produk Holika Holika X Gudetama yang menjadi sasaran para wanita yang mahu kelihatan cantik dan comel.
2. INNISFREE
Seiring dengan peningkatan kesedaran tentang betapa pentingnya menggunakan produk semulajadi, populariti beberapa jenama kecantikan yang menggunakan ramuan semulajadi juga ikut meningkat. Innisfree adalah salah satu dari jenama kecantikan semula jadi terkemuka dari Korea Selatan yang menawarkan produk kecantikan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dari Pulau Jeju dan menggunakan pembungkusan yang mesra alam. Innisfree banyak terjual di luar Korea, namun sudah tentu produk yang ada di Innsifree Myeongdong Korea ini lebih beragam. Antara produk Innisfree yang anda patut cuba adalah Serum Biji Teh Hijau dan Masker Pori Volcanic Pore Clay.
3. 3CE STYLENANDA
Produk indie yang semakin laku keras di Korea, juga disebut 3 Concept Eye atau ringkasnya 3CE. Produk ini popular dengan pembungkusan unik dan permainan warna terang mengikut aksara wanita Korea. Sewaktu anda di Myeongdong nanti, pastikan berkunjung ke Stylenanda Pink Hotel yang terdiri daripada banguan 5 tingkat. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan bermacam produk 3CE malah boleh bergambar view yang menarik untuk simpanan album anda.
4. TONY MOLY
Tony Moly adalah salah satu produk penjagaan kulit dan kosmetik dari Korea Selatan yang telah diasaskan tahun 2006 di bawah Industri Tae Sung. Jika anda mencari produk yang packagingnya cantik serta berkualiti baik, Tony Moly adalah pilihan yang tepat. Anda boleh mencuba beberapa produk yang paling laris seperti Tony Moly Panda's Dream dan Tony Moly Delight Tony Tint.
5. MOONSHOT
Moonshot adalah jenama kosmetik baru yang diasaskan oleh satu jenama muzik YG yang terdiri dari beberapa penyanyi terkenal seperti Big Bang, G-Dragon, dan Black Pink. Salah satu produk utamanya ialah Moonshot Jelly Pot yang agak cepat "trending" di pasaran walau pun baru diperkenalkan. Walaupun teksturnya terasa seperti jeli tetapi selepas digunakan pada kelopak mata, eyeshadow ini cepat kering dan mengeluarkan warna yang cerah. Anda perlu singgah di kedai Moonshot di Myeongdong untuk melihat sendiri berbagai pilihan lain yang ditawarkan.
6. ETUDE HOUSE
Kebanyakan wanita peminat kosmetik Korea tahu jenama Etude House ini. Store Etude House memang sudah melebar dibanyak negara. Tapi jika anda sudah berada di Myeongdong, jangan lupa untuk berkunjung ke store Etude yang penampilannya serba merah jambu ini. Selain varian produk lebih beragam, tentu saja kemasannya cantik, make up yang perlbagai serta harga yang dikira mampu, membuat Etude House menjadi salah satu jenama kosmetik Korea paling popular khususnya di kalangan pelancung luar negara.
7. CLIO PROFESSIONAL
CLIO Professional adalah siri produk kosmetik Korea Selatan yang diperbuat dari bahan-bahan terbaik dari alam semula jadi. Pada asalnya ia direka untuk solekan profesional, CLIO kini boleh dinikmati oleh wanita yang mempunyai keinginan kuat untuk mengekspresikan keperibadian mereka.
8. ARITAUM
ARITAUM yang juga dikenali sebagai 'Sephora', Korea Selatan menjual beberapa produk dari jenama kosmetik terbesar lagi mewah seperti Amore Pacific. Laneige, IOPE atau Sulwahsoo adalah juga sebahagian daripada sub-produk wanita Amore Pacific. Jadi anda boleh membeli beberapa kosmetik berkualiti baik dari Korea Selatan di satu tempat jika berkunjung ke kedai ARITAUM ini.
9. OLIVE YOUNG
Selain berkunjung ke Aritaum, anda juga harus ke Olive Young. Tempat ini adalah syurga bagi peminat kosmetik atau aksesori Korea yang comel. Aneka pilihan yang ada di sini da mungkin ada yang menepati kehendak dan citarasa anda.
10. ATOMY
Kosmetik dan skin care jenama Atomy dihasilkan oleh Kolmar Korea, salah satu kilang pengeluar produk kecantikan dan kosmetik terawal dan terbesar di dunia. KOLMAR banyak membekal produk keluaran mereka secara OEM dan ODM kepada syarikat syarikat kosmetik besar jenama popular dan mewah dunia. Jenama Atomy kini kian menjadi pilihan dan kegemaran ramai dan sudah berada di belasasan buah negara termasuk Malaysia. Tidak seperti kedai kedai kosmetik jenama Korea lain yang tersebut di atas, Atomy yang berpusat di Hanjuk, Gongju, Korea, menjual produk mereka secara online. Produk Atomy didakwa amat efektif dan mempunyai kesan yang pantas (300 X) dan mempu menembusi lapisan kulit dengan cepat kerana ketinggian teknologi penghasilannya yang disokong KAERI (Korea Atom Energi Research Institut) iaitu sebuah institusi milik pemerintah Korea Selatan. Atomy tidak mementingkan kecantikan pembungkusan sebaliknya mengutamakan kualiti isi kandungan produk. Dan kerana itu produk produk Atomy adalah paling jimat dan murah berbanding jenama lain kerana Atomy tidak membazirkan kos untuk sesuatu yang tidak penting (packaging), sebaliknya mengutamakan result dan kesan akhir penggunaan dan kepuasan pengguna. Walau pun anda tidak berkunjung ke Myeongdong mahu pun ke Korea, anda boleh mendapatkan kosmetik dan skin care jenama Atomy ini di Mall Atomy Malaysia secara online. Antara produk produknya yang menjadi kegilaan para wanita ialah Skin Care 6 System, Avening Care Set, Absolute Cell Active Skin Care Set, Absolute Spot Out Essence dan rangkaian kosmetiknya (lipstick dan maskara). Set Absolute Cell Active Atomy misalnya, berharga kurang dari RM1000 sedangkan jenama lain menjualnya hampir RM3000. Anda boleh fikirkan sendiri bagaimana Atomy mampu memberi harga yang terbaik dan jimat, semuanya kerana mereka tidak membazir kos untuk sesuatu yang tidak perlu selain kerana kos operasi KAERI (Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea) iaitu pusat penyelidikan dan pembangunan mereka (termasuk gaji para pakar yang ramai) dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Korea.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Online shop kt shopee xde ke tt? Tgk kt ig byk jual yg fake tp yg brand mcm huda beauty, mac.. takut lak nak beli..Jauh nau sampai nk kene gi korea |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 12:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
BedahBedul replied at 20-3-2019 12:01 PM
Online shop kt shopee xde ke tt? Tgk kt ig byk jual yg fake tp yg brand mcm huda beauty, mac.. takut ...
Sis, info tu utk mereka yg mmg plan nak melancung ke Myeongdong dah terlanjur di sana, boleh lah kunjungi tempat tu. specially yang stay kat Myeongdong Royal Hotel, jarak Jalan kaki jer ke lokasi tu.
Yang tak ke sana, masih boleh beli online di mall/kedai kosmetik Korea asli yang beribupejabat di KL, dijamin original products malah telah mendapat kelulusan KKM, 100% natural dan bebas arsenik/bahan beracun. Jangan salah kedai dah laa kerana terlalu banyak klon/tiruan sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
BedahBedul replied at 20-3-2019 12:01 PM
Online shop kt shopee xde ke tt? Tgk kt ig byk jual yg fake tp yg brand mcm huda beauty, mac.. takut ...
Yg kat shopee tu fake sis.. Ada ke huda beauty puluh2 je.. Nak ori gi sephora |
|
|
|
|
|
|
|
selain kedai2 di sepanjang jalan ni, jgn lupa singgah Aland jugak ya. tu byk brand seperti cosrx, neogen etc |
|
|
|
|
|
|
|
Iols sorang je ke pening kepala jalan kat Myeongdong ni? Keluar masuk kedai last-last satu benda pun tak beli. Tgk orang lain berkepok-kepok bag diorang shopping |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cyberdad at 21-3-2019 08:30 AM
Kaki shopping yang plan nak ke Myeongdong tu, pilih penginapan paling dekat dengan Myeongdong shopping street, so tak payah nak sewa transport lagi. Kalau Royal Hotel dah fully book, boleh stay di Ibis Ambassador atau Solaria. Mungkin mahal sikit tapi tak lah terkejar2 waktu nanti. Yang nak shopping online saja dari rumah, tapi takut terbeli kosmetik Korea tiruan atau yang mengandungi racun/steroid/mercuri, beli produk2 hasil produksi kilang KOLMAR Korea (memang cukup besar kilang ni malah ada di banyak negara, antara yang terbesar di dunia malah satu manufacturing plant terbesar baru sedang dibina di China untuk pasaran di sana. Warga China pun dah menggilai kosmetik/skin care buatan Korea).
Yang dah nak berangkat ke Korea tu.. an nyeong he ga seyo!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
tips lain: jangan percaya sangat dgn sales assistant tu. beli barang2 yang nak pakai je. make sure compare dulu harga yang kat Msia and belilah yang ade discount tu. selalu diorang ade 1+1 or 2+1 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas panduannya |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata beli belah kosmetik ori korea sambil buat income pasif? Boleh rujuk info sini Ada 13 juta pelanggan yang selalu shopping kat situ, tak yah ke Korea pun kalau tak der duit cukup hanya nak beli produk ori korea. Tapi masih dapat beli kosmetik ori murah, silap2 boleh shopping free selain $$$ extra. Happy shopping!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum pergi kena study dulu produk jenama yg berminat, sbb kat sana takut rambang mata and jadi clueless sbb byk sgt produk and details of product hampir semua in Korean. Sesetengah jenama ni mmg dh ada cawangan di Malaysia tapi yg best kalau shopping sana bila dapat sample percuma. harga pun lebih murah dari beli di sini. Kakak pergi S.korea siap bawa luggage khas untuk borong skincare and cosmetic... List panjang berjela, siap ade senarai harga untuk compare dengan harga di malaysia... i pun selit kirim sekali haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cyberdad at 12-4-2019 12:01 PM
Antara skincare asli buatan Korea yang kini paling mendapat tempat dikalangan para wanita Malaysia, tidak saja murah dan jimat, malah cukup efektif.
[url=http://skincarekoreaonlinemalaysia.blogspot.com/p/skin-care.html][/url]
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah ke Korea tu, jangan sampai shopping produk jenama dalam list berikut (kalau ada). Ada bahan metal/logam yang merbahaya kepada kulit/kesihatan. Ingat yer! Tak semua yang dari Korea tu baik dan selamat belaka. Paling penting kena tau skincare dan kosmetik tu dikeluarkan oleh kilang mana?. Kalau tak pasti sumber pengeluarnya...boleh rabak poket terbeli yang memudarat diri sendiri.
1. Aritaum Full Blackout Stick Concealer No.1 Light Beige 2. Aritaum Fullcommerce Tick Concealer No.2 Natural Beige Spring. 3. Aritaum Full Cream Concealer No.1 4. Aritaum Full Cream Concealer No.2 5. Etude House AC Clinic Acne Calming and Concealer 6. Etude House Chopper Eyebrown 7. 7XTM Style Homme Easy Stick Concealer 8. Black Monster Men Erase Pen 9. Scandamans Concealer 10. Skincare Cherry Lip Liner No.5 Rose Chocolate 11. 3CE Eyebrow Pencil Chestnut Brown 12. Makeheal Ultra-Fine Eyebrow Pencil BR0203 13. Makeheal Ultra Nessel Nudi YL0801
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tq... cepatlaaaaa nak pegi korea nii |
|
|
|
|
|
|
|
Kolmar Korea banyak menghasilkan produk produk/bahan untuk syarikat2 kosmetik jenama ternama dunia (OEM/ODM) termasuklah beberapa syarikat popular di Malaysia (kurang beretika untuk disebut nama2 tu). Jangan terkejut kerana banyak juga jenama mewah skin care/kosmetik termasuk di barat/Eropah, input pengeluaran produk mereka datangnya dari sini. Dengan penampilan packaging/pembungkusan sendiri yang tampak mewah, jenama2 itu dijual dengan harga berkali ganda mahal (pelanggan membayar tidak saja harga isinya malah juga terpaksa membayar harga packaging yang tidak pun boleh dimanfaatkan). Malah satu cawangan Kolmar dan merupakan kilang kosmetik terbesar di dunia masa kini, sedang dibina di negara China (atas permintaan pemerintah China) untuk support keperluan/permintaan penduduk China yang kian menggilai kosmetik buatan Korea.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eraapps at 20-5-2019 09:06 AM
Ms wife saya pernah beli brand kosmetik sykt korea ni dari office mate dia, namanya Evening Skin Care set kalo tak salah. kata dia memang selesa dan bagus. saya perasan kulit muka ms wife nampak jauh bersih dan lebih cerah, macam shining jer. kata dia nak try lipstik plak lepas ni. kalau tak tengok content/isi, dia cakap orang boleh anggap brand ni mahal. tapi bila banding isi dengan jenama lain yg ms wife pakai sebelumnya, jimat gila malah kualiti setanding.
Unforyunately ms wife masih juga ngajak hubby dia ni gi Korea specially jeju. Hmmm...kena tunggu budget cukup lah dulu. Fikir raya ni pun naik pening, banyak belanja nak pakai. apa pun nasib baik ada la sikit side income masuk.he he
Oppp..boss cyberdad! dah lama ker join atomy tu?. cam ner progress? lumayan kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh lah sikit sikit . Orang rumah yang kerap shopping kosmetik kat situ. Tuan/puan boleh view sini (dah 2 tahun beli kat situ)
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergghh. banyak tuu income boss! cam ner buat tu?. tunjuk ajar sikit caranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cyberdad at 29-5-2019 12:59 PM
Kalau tuan dan isteri betul nak buat side income sambil berbelanja produk produk kosmetik asli Korea Atomy ni, hanya daftar free saja dan ikut panduan di laman blog ini!. insyallah kami akan support. Dan berita baiknya, syarikat Korea ni sedang dalam proses kolaborasi dengan beberapa syarikat gergasi lain seperti Lotte Mart, Samsung, LG, Home Plus dan banyak lagi untuk lancarkan satu lagi platform Online Mall Global dinamakan Aza @ Aja Mall. Info yang diterima ialah Aza Mall ini akan dilancarkan pada akhir Mei 2019 (bulan ni) di Korea Selatan. Kalau Atomy Mall hanya pasarkan produk produk buatan sendiri kilang kosmetik Kolmar BNH khususnya kosmetik dan mempunyai ratusan jenis produk, Aza @ Aja Mall pula tertumpu kepada produk produk dari pengeluar gergasi terpilih lain (mirip Lazada, Shopee, Amazon etc) yang bakal menjual lebih 50,000 jenis produk (boleh whatsapp terus kalau nak tau kaitan kedua mall ni dan potensi besar yang terbuka di syarikat Korea ini. Thread ni fokus tentang shopping kosmetik Korea, so saya tak berhasrat untuk campur aduk)..
[url=https://azamall2u.webs.com/][/url]
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Saya beli face mask banyak2 je kalau pergi Korea |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|