Jufazli Shi Ahmad (memakai jubah) bersama peguamnya. Kredit foto: Facebook
Selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 22 Mac lalu, aktivis politik yang sentiasa mencetuskan kontroversi, Jufazli Shi Ahmad cuba meraih derma daripada orang ramai untuk menampung kos saman RM2 juta terhadap kerajaan.
Dia sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai tuduhan yang dilemparkannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, strategi Jufazli memohon sumbangan orang ramai sebanyak RM50,000 menerusi media sosial hanya memakan diri kerana dia akhirnya menerima kecaman yang hebat daripada para netizen.
Mereka menyifatkan derma yang disumbangkan kepada Jufazli sebagai membazir serta tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakannya dalam berpolitik.
Kredit foto: Facebook
Ada juga yang berpandangan, Jufazli sengaja mencipta pelbagai kontroversi bagi menarik perhatian kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Dia juga dikatakan pernah menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semata-mata untuk mengambil hati Dr. Mahathir.
Kredit foto: Facebook
Seorang netizen turut menyindir Jufazli kerana berlagak seperti seorang yang berani dalam media sosial sedangkan dia 'meraung' semasa polis menahannya baru-baru ini.
Kredit foto: Facebook
Jufazli turut ditegur kerana sering mencarut dan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan ketika mengkritik pemimpin-pemimpin negara.
Kredit foto: Facebook
Mungkin elok juga Jufazli mengambil kira pandangan sebahagian besar netizen yang memintanya tidak meneruskan tindakan saman sekiranya tidak mampu membiayai kos guaman. -CARI
|