Krisis rumah tangga penyanyi dan pelakon dari Singapura, masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya. Dua hari lepas, Bella sekali lagi mendedahkan yang suaminya itu belum lagi berubah apabila ada individu melihat Aliff bersama seorang wanita lain di Johor.
Kredit foto : Ig Bella Astillah
Semalam, hangat diperkatakan mengenai Aliff yang telah memadam semua gambar isterinya, Bella di akaun Instagram. Walaupun suaminya telah memadam semua gambarnya, Bella tidak terikut untuk melakukan perkara yang sama.
Bella masih menyimpan gambar bersama suaminya di akaun Instagram miliknya.
Bagi yang mengikuti perkembangan Bella, pastinya anda boleh lihat semua gambar bersama Aliff yang telah dimuat naik sebelum ini masih utuh disimpan di akaun Instagram wanita manis ini.
Kredit Foto : Ig Bella Astillah
Malah, ucapan manis daripada Bella buat Aliff sempena hari lahir nya yang lalu juga masih ada sehinggakan ramai meminta Bella untuk memadam gambar Aliff kerana suaminya itu terlebih dahulu berbuat demikian.
Kredit foto : Ig Bella Astillah
Tidak kurang juga ada yang memarahi Aliff..
Kredit foto : Ig Bella Astillah
Bella sudah cukup matang, tak perlu padam gambar..
Kredit foto : Ig Bella Astillah
Apa pun rasanya tak perlu nak suruh Bella padam semua gambar Aliff kerana dengan memadam gambar tidak akan selesaikan masalah yang ada. Kami yakin Bella tahu apa yang terbaik untuk diri dia dan anak. Semoga Bella terus kuat dalam mengharungi ujian yang menimpa. -CARI |