Video seorang Sister atau Rahib menyanyikan qasidah (lagu pop Islam) dengan sekumpulan wanita Islam menarik perhatian ramai apabila netizen memuji contoh itu sebagai simbol perpaduan antara agama di Indonesia di celah-celah keganasan agama yang berlaku di negara itu baru-baru ini.
Kredit foto: Carian Google
Video itu mula-mula dimuatnaik oleh Indonesian Bishop Conference (Konferensi Waligereja Indonesia - KWI) di saluran Youtube mereka Rabu lalu dan menjadi viral sepelas disebarkan oleh Twitter @qasimin yang sering menyebarkan lagu-lagu keagamaan Islam.
Menurut laman web rasmi KWI mirifica.net, Sister Yunita daripada Sisters of Charity, Gereja St. Charles Borromeo telah menjalankan latihan dengan kumpulan qasidah wanita Islam tersebut sebelum persembahan mereka bersama-sama di pentas sambutan ulangtahun Jakarta Archdiocese's Civita Youth Camp di Ciputat, Banten. Beberapa orang Sister lain turut kelihatan menjadi penyanyi latar.
Kredit foto: Carian Google
Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan itu berjudul Jilbab Putih dan berunsurkan ketuhanan. Netizen yang menonton video tersebut memuji toleransi yang ditunjukkan oleh dua kumpulan berbeza agama.
Kredit foto: Youtube
'Sebagai etnik Cina Kristian yang pernah menyanyikan qasidah di sekolah, saya sangat menggemari video ini' kata @jen_l4u. 'Ianya tidak akan mengurangkan iman kita malahan akan menguatkan perpaduan' kata @benobenyoh.
'Inilah wajah sebenar Indonesia' kata @dapedwepe.
Kredit foto: BBC News
Video ini muncul di celah-celah aksi keganasan yang berlaku apabila tanda salib dimusnahkan di sebuah kawasan perkuburan majoriti Muslim di Jawa Tengah kerana bantahan penggunaan simbol tersebut. Sebuah mozek berbentuk salib juga dicat di Surakarta sebagai satu protes.
Semoga video ini menjadi contoh perpaduan dan toleransi antara agama. - CARI |