Namun, individu dengan nama proparazzy itu kelihatan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Fizi yang menurutnya seolah-olah menunjuk-nunjuk di media sosial.
Tambahnya, lebih baik Fizi menghadiahkan barang kemas memandangkan ia boleh digadaikan sekiranya diperlukan kelak.
Nampaknya, Fizi tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan pendiriannya.
Kredit foto: IG Fizi Ali
Rata-rata pengikut Fizi meminta supaya dia bersabar dan tidak melayan individu terbabit yang dipercayai menggunakan akaun palsu untuk mengecamnya.
Menurut Astro Gempak, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Setiap orang memiliki cara berbeza untuk menunjukkan penghargaan terhadap seseorang. Bagaimana dengan anda? Fizi yang 'riak' atau proparazzy yang 'dengki' dengan penyampai radio itu? - CARI