Penyakit campak yang suatu ketika dahulu diisytiharkan sudah ditangani sepenuhnya di Amerika Syarikat kini muncul semula apabila 40 kes baru dilaporkan di seluruh negara itu bulan lalu sahaja. US Inquirer melaporkan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak berumur bawah 10 tahun dan tidak pernah menerima sebarang vaksin.
Kredit foto: Medical News Today
Pihak berkuasa memberitahu 38 kes baru dikesan di Washington, dan masing-masing satu di Oregon dan Seattle. 13 kes lagi masih dalam peringkat pemeriksaan. Berikutan itu, Gabenor Washington, Jay Inslee telah mengumumkan darurat di semua unit kesihatan negeri itu.
Kredit foto: CBS News
Penyakit campak adalah penyakit yang sangat mudah merebak dan berbahaya dan boleh membawa maut bagi kanak-kanak yang tidak diimunisasi. Susulan berita itu, netizen kini meluahkan rasa marah kepada para anti vaksin yang dikatakan bertanggungjawab dalam menularkan kembali wabak tersebut.
Kredit foto: Twitter
Di sebuah kumpulan anti vaksin Facebook bernama ‘Vaccine Education Network: Natural Health Anti-Vaxx Community’ para komuniti fahaman itu kini dirundung kebimbangan. Seorang anti vaksin telah meminta pertolongan rakan-rakannya 'bagaimana hendak melindungi anaknya yang berumur 3 tahun daripada jangkitan'.
Kredit foto: Twitter
Geram dengan komuniti itu yang kekal mengelak vaksin, netizen memberikan nasihat berupa sindiran pedas antaranya ‘berikan kepada keluarga angkat atau kamu berdoa sahaja’.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Ada juga yang memadankan muka para anti-vaksin itu kerana kebodohan mereka. Malahan ada yang mencadangkan para anti vaksin ditolak sekiranya meminta rawatan di hospital.
Kredit foto: Twitter
Semoga tragedi menakutkan seperti ini menjadi pengajaran buat para anti vaksin. - CARI |