Ameera Khan atau lebih suka memperkenalkan dirinya sebagai Little Miss Khan beberapa hari lepas sekali lagi menjadi bahan kritikan dan diperli dengan teruk oleh para pengikutnya di laman Instagram.
Adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa itu menjadi tumpuan kerana memuat naik gambar memakai gaun malam yang mendedahkan bahagian kaki nya berserta kapsyen yang membuatkan ramai mengejek dan memerlinya.
"Rise higher to meet my standard," tulis Ameera di ruangan kapsyen.
Kredit foto : Ig Ameera Khan
Posting tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dan seperti biasa dalam ramai yang memuji kecantikannya, tidak kurang juga yang memerli gadis yang berusia 19 tahun ini.
Makin singkat, makin seksi..
Kredit foto : Ig Ameera Khan
Nampaknya Ameera sudah berjaya mengorak langkah dalam bidang permodelan ke peringkat antarabangsa seperti yang diidaminya. Bagaimanapun diharap Ameera kuat menghadapi segala tohmahan dan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. -CARI |