View: 1838|Reply: 12
|
Nyaris Ditetak Kerana Minta Upah RM50 Dipulangkan
[Copy link]
|
|
Berang janji dimungkiri, seorang lelaki bertindak meminta semula wang upah yang diberikan kepada seorang buruh.
Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah apabila dia nyaris ditetak di rumah suspek di flat Desa Keluarga, Chendering, Kuala Terengganu, semalam.
Memetik Sinar Harian, dalam kejadian jam 9.42 pagi itu, mangsa, 56, meminta suspek, 38, memulangkan upah RM50 yang diberikan sebagai wang pendahuluan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Foto: Sinar Harian
Suspek bagaimanapun memungkiri janji, tidak melakukan kerja pembersihan berkenaan.
Menurut sumber, mangsa yang mendapat tahu mengenai hal itu nekad meminta semula wang upah berkenaan, tetapi suspek enggan memulangkannya hingga berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.
Bimbang dengan keselamatan dirinya selepas mendapati situasi semakin menegang, mangsa beredar dari perkarangan rumah suspek.
Namun, ketika menuju ke kenderaannya, mangsa mendapati suspek menghampirinya dengan sebilah golok sebelum melibas ke arahnya.
Mangsa yang sempat mengelak bergegas masuk ke dalam trak pikap Toyota Hilux sebelum suspek bertindak agresif dengan membaling senjata berkenaan hingga terkena bahagian belakang kenderaan itu.
Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan membuat laporan di Balai Polis Chendering kerana bimbang dengan keselamatan dirinya sebelum suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 1.20 pagi tadi.
Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut undang2 baru, ini bukan menyerang. Ini namanya. Entah, tanya blastoff |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya..zaman sekarang..benda kecik pun jgn cari pasal..makin hari tekanan hidup makin tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan hidup ke sampai ramai org bertindak luar kawalan ni. {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop: Mengikut undang2 baru, ini bukan menyerang. Ini namanya. Entah, tanya blastoff
Mengikut undang2 baru.. Salah mangsa sebab minta balik duit dia n bwrtindak melulu pergi ke rumah suspek |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik takde apa jd..sia2 mati sbb minta blk duit sendiri..bahaya zmn skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata laki aku, org yg berhutang dgn dia, hidupnya xkan lebih senang
Jadi lebih susah sebab pakai duit xberkat |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa gmbr tu mcm muka org dari san diego venzuela caracas..rupanya org ganu |
|
|
|
|
|
|
|
polis tu buat muka boring bergambar..
penat agknya posing
|
|
|
|
|
|
|
|
hanya pasai RM50, nyawa hampir terbang.
tak berbaloi langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
manakutkan...nak mintak hak sendiri pun sampai camtu sekali. camtu la dunia skrg sama macam org yg berhutang..orang yg bagi hutang datang mintak plak yang kena maki balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|