CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2482|Reply: 9

Padah bagi anak botol susu sampai tertidur.habis gigi...

[Copy link]
Post time 15-4-2019 11:16 AM | Show all posts |Read mode




Kita sakit satu gigi pun dah seksa. Bayangkanlah budak umur 4 tahun, gigi rosak, 18 batang gigi susu kena cabut. Kena cabut masa pembedahan bius tidur, bangun-bangun je mulut berjahit, gigi tinggal 2 batang je.

Ini kes jadi di Thailand. Bila doktor gigi siasat punca. Jawapannya ialah sebab tertidur dengan botol susu. Cuba tengok dalam gambar. Gigi-gigi yang kena cabut semuanya cuma tinggal akar sahaja. Rosak habis.

Macam mana dia nak makan? Nak bercakap pun mesti pelat. Gigi kekal akan mula tumbuh umur 6 tahun. So 2 tahun dia tak ada gigi nak makan. Takkan nak minum susu dan makan bubur je? Dah jadi macam baby semula pula.

Sebab itu saya tak akan berhenti cerita tentang pentingnya jaga gigi susu. Saya akan sentiasa ulang. Orang akan kata, "Gigi susu je, tak apa." "Biar jelah, nanti ada gigi kekal ganti."

No. Salah tu.

Gigi susu penting untuk makan. Penting untuk bercakap. Penting untuk pembentukan tulang muka. Penting untuk gigi kekal nak tumbuh keluar.

Kalau belum pernah bawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan gigi, cepat-cepatlah bawa.







Iqbal Rosali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2019 11:51 AM | Show all posts
kesiannya awak dik. nasib baik baru 4 tahun.  harap x pernah cabut sebelum ni.. gigi tumbuh balik tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 12:22 PM | Show all posts
..Penting untuk pembentukan tulang muka..

oo baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm gmbr mcm gigi kekal je..akar gigi susu tidak panjang mcmtu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank sy dulu minum susu botol memang smpai tertido tp sy akan cabut botol dr  mulut ank.sy pastikan ank berus gigi.jika x bersih sy sendiri berus gg ank.ank sy minum botol smpai umur 6 tahun.alhamdulillah smpai sekarang dah darjah 4 x pernah sakit gg.doc gg yg dtg sek pun puji gg ank.kita kena rajin pantau cr ank berus gg.mrk berus memang x bersih .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
thanks for the info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh sakitnya I cabut sebiji gigi ahzab rasanya, start dibius sampai gigi tertanggal dari gusi. Btw, sapuan fluoride kat anak2 kecil perlu diberi bila ya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kid sekarang rongak 4 gigi depan....mostly sebab minum susu...parent kena cek kandungan gula sebelum pilih susu untuk anak ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:48 PM | Show all posts
susu formula memg tinggi jugak kandungan gula kn sebab tu laa cepat jugak rosak giginya klu tk berus gigi secara konsisten... milo pun camtu...anak Sedara Seri kuat minum Milo..gigi rongak n itam
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 08:13 AM | Show all posts
kene bijak pilih susu. selalu yg murah tu tinggi kandungan gula. kalau ada duit lebih tu berkorban la sikit beli susu formula yg berkualiti. just pendapat i je lah. based on pengalaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049635 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list