Jika anda semua pelayar tegar Facebook, pasti anda tahu page IIUM Confession yang sentiasa memaparkan masalah harian yang dihadapi oleh confessor yang dirahsiakan identitinya.
Yang menariknya, semua jenis masalah dikongsikan di situ, membuatkan para pembaca lebih terbuka mata melihat realiti kehidupan yang sebenar. Page itu juga mempunyai audience yang sangat ramai, membuatkan ruangan komen sentiasa dipenuhi dengan respons dan nasihat dari pembaca.
Baru-baru ini, seorang confessor menceritakan masalahnya apabila suaminya secara tidak sengaja menjatuhkan talak tiga tanpa sedar.
"Tiba-tiba aku mendengar pengumuman ada kanak-kanak hilang".
"Dia belum bersedia untuk melepaskan aku dan minta supaya aku bersabar sehingga along habis PT3"
Kita semua tahu talak bukanlah perkara yang boleh dibawa bergurau atau diniatkan di dalam hati, namun untuk kes seperti si confessor ini, lain pula yang terjadi.
Apa pendapat korang tentang masalah si confessor ini? - CARI |