View: 5065|Reply: 38
|
Tun Mahathir Tegaskan Perlembagaan Negeri Johor, Terengganu Terbatal
[Copy link]
|
|
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: CNN
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia.
Memetik catatan beliau dalam laman blog Chedet pada 24 April, adalah penting bagi semua pihak yang berkaitan untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mematuhinya.
"Kegagalan berbuat demikian akan menidakkan kedaulatan undang-undang," katanya.
Kredit foto: Carian Google
Dr. Mahathir menambah, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perkara yang dipersetujui adalah Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara demokratik di mana rakyat akan memilih kerajaan.
Menurut beliau, raja-raja menjadi pemerintah berperlembagaan tanpa kuasa eksekutif dan kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini.
" arti yang memenangi pilihan raya akan menamakan Perdana Menteri (atau Ketua Menteri - Menteri Besar) dan pemerintah berperlembagaan akan memperkenankannya.
"Sekiranya raja berperlembagaan enggan memperkenankan dan mengesyorkan calonnya sendiri dan memperkenankannya, parti yang menang boleh menolaknya di dalam dewan melalui undi tidak percaya," jelasnya.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan, Dr. Mahathir tidak sewajarnya berkata demikian semata-mata kerana tidak bersependapat dengan Sultan Johor.
Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan dan bukannya negara kesatuan.
Mohamed Khaled Nordin. Kredit foto: Facebook
Harap isu ini diselesaikan secara baik bagi menjaga keharmonian dalam hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Johor. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Todia rule of law lagikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
ini lah dia sumpah laknat..tk perlu susah2 jatuhkan dia..dia sdri cari pasal mintak dijatuhkan..bodo ontua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dah.. Tapi kalau dah calon PM,MB ntah sape2 macamana raja/sultan/agong nak perkenan. Ye x? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib sultan johor tegas, harapkan madey, dia buat bodoh jer dgn Mb yg cert tifoo then gi joli Kat batam time crisis...bodoh punya pm |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 25-4-2019 11:00 AM
Nasib sultan johor tegas, harapkan madey, dia buat bodoh jer dgn Mb yg cert tifoo then gi joli Kat b ...
Yg pergi batam tu pun atok kata tak tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_shalom at 25-4-2019 01:43 PM
Itu la yang aku paham selama ini..bila negeri-negeri tanah melayu bergabung membentuk Persekutuan Malaya, semuanya menyerahkan kedaulatan kepada Parlimen Persekutuan. kalau la negeri2 itu semua dulu mengenakan syarat..mungkin keadaan berbeza.
Berbeza bila Malaysia terbentuk, dimana Perlembagaan Sabah, Sarawak diluluskan oleh Parlimen UK..Sepatutnya memang 100% bebas dari Parlimen Malaysia...Tp sejarah telah tunjukkan...Persekutuan biasanya main guna kaedah pintu belakang...Minyak Sabah/Sarawak tu jadi milik Petronas bila Putrajaya main magic guna perintah darurat...sekarang pun Putrajaya masih naik main guna magic...tp x la semudah itu skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan soviet yg maha kuasa pun boleh berpecah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_shalom at 25-4-2019 11:14 AM
Aku rasa, kalau negeri2 kat Malaya ni nak keluar pun boleh, Perlembagaan xde cakap x boleh..tp itu yg aku paham utk malaya la..or mbe aku silap.
Tapi untuk Sabah, Sarawak- pasti boleh, dengan buat referendum seperti singapura buat dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila la nak habis benda ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia.
tak lama dah rentua ni...wakakakakakkkkaakkakakakakakkakakkakaakaka |
|
|
|
|
|
|
|
@CharlesDera kalau dah buang tebiat Tu maknanya dah tak lama la Tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mamak dah takda kerja lain ka .
boring la . tak habis2 bergado
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah betul la ape yg atuk ckp tu
perlembagaan persekutuan is superior than others law includes
undang2 tubuh negeri
kalo tak berkenan sila berambos from dis country
then enforce ur own law |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo baru aku paham, lepas ni kalau Kerajaan Persekutuan nak lantik MB bukan melayu bolehlah. dah tak yah ikut undang2 tubuh negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Move on la, dah xde siapa sebut dah. Masa yg baik untuk let go je isu raja ni. Orang lain gaduh kejap je. Ini sampai berminggu2 emosi. Kepala asyik pikir benda ni ke siang malam? Tengahari lapangan automotif seperti f1 dan perotiga ke?
Bila nak fikir isu ekonomi negara? Jangan keluar surat, "Malaysia ditindas, Tun sibuk main kereta anak beranak".
Tun jangan cabar sgt boleh x? Walaupun megah sgt dgn undang2 tu, Tentera dibawah raja. Xpayahlah 1st time tukar kerajaan, 1st time kene guling. Barisan pentadbiran pun cacar marbar. Sibuk hal kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun aku suka juga melihat negeri-negeri kat Malaya ni mula bersikap agresif...Banyak juga yg sepatutnya menjadi hak negeri dilanggar oleh Persekutuan..
Siapa tidak tahu, zaman PM ke-4, ketua menteri dilantik adalah yg pro kepada Tun...senang skit keja Tun...sesiapa yg x pro..akan kena cantas
Sekarang...x dpt la tun nk buat perangai mcm pm ke-4 dulu.,..zaman dah berubah Tun...
Ramai rakyat malaysia yg lagi bijak dari Tun..mungkin 15 tahun lepas..Tun satu2nya org bijak kt Malaysia...sekarang dah berubah kot |
|
|
|
|
|
|
|
X faham la.. nape ganu n johor je... Kedah oerak selangor kelantan semua camne |
|
|
|
|
|
|
| |
|