Datin Paduka Ainur Syakina Binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman sememangnya seorang yang ringkas tetapi kemas dalam berpakaian. Jarang sekali kita melihat dia memakai pakaian yang terlalu berat dan sarat. Walaupun sering tampil ringkas, kecantikannya tetap terserlah.
Terbaru, Eina memuat naik foto di Instagram miliknya di mana dia mengenakan baju kurung cotton ringkas semasa memenuhi jemputan di Media Prima, Seri Pentas Tv3 hari ini.
Penampilan ringkas Eina itu menarik perhatian para pengikutnya yang rata-rata memuji kecantikan pelakon itu sehinggakan ada yang bertanya di mana Eina membeli baju kurung yang dipakainya.
Kredit foto : Ig Eina Azman
Tanpa berselindung, Eina mengakui yang dia membeli baju kurung yang dipakainya di gedung membeli belah Mydin dengan harga RM50 sahaja.
Kredit foto : Ig Eina Azman
Pengakuan Eina itu membuatkan ramai kagum dengan sikap Eina yang merendah diri malah tidak segan mengakui yang dia membeli baju tersebut di Mydin walaupun dia lebih dari mampu untuk membeli baju dari jenama mewah.
Lepas ni habis baju kurung di Mydin.
Kredit foto : Ig Eina Azman
Cantik walaupun pakai ringkas.
Kredit foto : Ig Eina Azman
Bagus kan sikap Eina ni. Tak malu dan segan pun memakai pakaian yang bukan daripada designer. Hakikatnya, pakaian yang terdapat di Mydin pun tidak kurang kualiti kainnya. Malah, kadang-kala lebih cantik dan berkualiti daripada sesetengah pakaian yang mahal. Betul tak? -CARI |