View: 13849|Reply: 43
|
Aneh Dan Seram! Kisah Batu Ular Gergasi Misteri, Siap Ada Tulisan Jawi Di Sarawa
[Copy link]
|
|
Misteri, bayangkan sebuah batu berbentuk kepala ular memiliki tulisan jawi di atasnya! Ikuti kisahnya di sini..
Mungkin batu ular ini telah wujud sejak 1,000 tahun dahulu. Penduduk rumah panjang Rumah Nyalau anak Muang, Bukong daerah Engkelili Sri Aman sudah mengetahui kewujudan batu ular itu kerana batu tersebut terletak tidak jauh dari penempatan mereka.
Ukuran kepanjangannya melebihi 30 kaki dan besarnya melebihi 2 meter merintangi Sungai Bukong.
Dikatakan, seorang lelaki Siam dari Kuala Lumpur telah bermimpi akan kewujudan ular Nabau itu. Akhirnya lelaki siam itu menemui batu ular tersebut dengan bantuan penduduk tempatan di daerah Sri Aman.
Oleh sebab itu, batu ular tersebut menjadi liputan luas oleh akhbar tempatan.
Menurut legenda, seekor ular gergasi atau dipanggil Nabau bagi masyarakat di Sarawak ini telah bertukar menjadi manusia untuk memikat seorang perempuan yang merupakan isteri seorang pahlawan. Kerana marah, pahlawan tersebut telah menangkap Nabau itu dan mengeratnya serta dibuang ke sebuah lubuk yang dinamakan lubuk Pelagus.
Bahagian kepala ular tersebut telah berjaya sampai ke situ dan bertukar menjadi batu. Ada yang percaya bahawa ular itu merentasi Sungai Baleh ketika banjir melanda.
Foto: Kajomag.com
Apa yang menjadi misteri sampai sekarang adalah penemuan tulisan jawi pada batu tersebut. Perkataan yang tertera menjadi tanda tanya.
Sesiapa yang ingin melihat sendiri batu ular ini hendaklah berhati-hati dan mematuhi peraturan supaya tidak ditimpa kecelakaan.- CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mana pic tulisan jawi tu? nak tengok dia tulis apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Xnmpk pun tulisan jawi dia |
|
|
|
|
|
|
|
tipula tu tulisan tamil elam
tamil elam telah berada disini 200 000 tahun dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gmbar nmpak kecil, tapi bila pergi besar batu ni... hampir setinggi saiz manusia, panjang lak tu.. elok je bulatnya... mmg unik... |
|
|
|
|
|
|
|
http://sriamannews.blogspot.com/2008/12/huruf-jawi-di-bongkah-batu-ular-gergasi.html
. TAKSUB...Zulia (kanan) dan Naga (kiri beliau) sedang melihat huruf Jawi yang tertera pada Batu Nabau berkenaan di kawasan rumah panjang Bukong, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.
2. UNIK...Inilah rupa gambar huruf Jawi yang diambil dari jarak dekat pada bahagian Batu Nabau berkenaan.
SRI AMAN, Jumaat ( 19 dis) – Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau di daerah kecil Engkilili, Sri Aman yang tersiar di muka surat hadapan suratkhabar ini pada 19 Disember (Jumaat) sudah semestinya menarik perhatian para pembaca yang belum lagi mengetahui tentang keunikan batu berkenaan.
Bagaimanapun bagi rombongan yang telah melawat bongkah batu terbabit pada 18 Disember lalu, kewujudan tulisan huruf Jawi di bahagian tengah Batu Nabau ini sudah semestinya menjadi tanda tanya kepada mereka yang telah melihatnya dengan sendiri secara lebih dekat.
Itulah perkara yang terjadi kepada Penyelia Pemasaran Utusan Sarawak cawangan Sri Aman, Zulia Haji Jemat yang mula menyedari kewujudan tulisan huruf Jawi pada bahagian tengah Batu Nabau berkenaan.
“Huruf Jawi Lama yang terukir pada bahagian tengah batu berkenaan telah menarik perhatian saya apabila buat pertama kalinya mengesan kewujudan tulisan ini dari jarak dekat.
“Huruf Jawi iaitu Alif, Lam, Haa, Nun, Mim dan Sin tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah di antara satu sama lain. Tetapi jika iya disusun dengan tepat kesemua gabungan huruf Jawi ini boleh membentuk nama kalimah Allah,” katanya ketika memantau Batu Nabau berkenaan.
Sebaik sahaja mengambil gambar kewujudan huruf jawi berkenaan, beliau kemudiannya membawa perkara terbabit terhadap beberapa orang rakan yang lebih arif mengenai tulisan Jawi untuk pengesahan lanjut.
“Mereka juga berkata demikian ketika saya menunjukkan gambar mengenai kewujudan huruf Jawi ini kepada mereka. Itulah tanda kebesaran Allah kepada umatnya di dunia ini,” kata Zulia sambil menambah bahawa tulisan Jawi ini hanya boleh ditafsir oleh orang yang benar-benar mahir dalam penggunaan bahasa Jawi.
Kewujudan tulisan huruf Jawi pada bongkah Batu Nabau ini juga turut menarik perhatian Nelson Naga Alam, Setiausaha Sulit kepada Menteri Muda Permodenan Pertanian iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot bersama ahli rombongan lain.
Batu Nabau, iaitu sebongkah batu besar yang menyerupai ular gergasi ini mempunyai ukuran panjang melebihi 30 kaki dan diameter melebihi dua meter. Ia terletak kira-kira 50 meter daripada Rumah Nyalau Muang, Bukong, Engkilili.
Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau ini mula tersebar apabila seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur mengalami mimpi mengenai ular gergasi menjadi batu sehingga menjurus pencariannya di kawasan Engkilili ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak attach gambar ni, tp takde button pula. Kenapa ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Besarnya batu ni, rasa nk pi sarawak pla tgk depan mata |
|
|
|
|
|
|
|
epis: Tgk gmbar nmpak kecil, tapi bila pergi besar batu ni... hampir setinggi saiz manusia, panjang lak tu.. elok je bulatnya... mmg unik...
Dh pernah pergi eh kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 proses geomorfologi... |
|
|
|
|
|
|
|
Jap nak cuba tepek gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... Baru Tau pasal Batu ni... Interesting... |
|
|
|
|
|
|
|
Seram nyee |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tersiar dlm majalah variasari pasal batu ni |
|
|
|
|
|
|
|
zaman2 dulu nk baca benda mistik ni, beli mastika, Variasi dan etc.. skg Variasi ade lagi ke? Since Mastika dh lenyap..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|