CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4554|Reply: 26

[Jenayah] Budak 10 Tahun Ditikam Lelaki Mabuk

[Copy link]
Post time 21-5-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak 10 tahun cedera ditikam di dada dan perut oleh seorang lelaki mabuk yang memasuki rumahnya di Bandar Sungai Long, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata ketika kejadian mangsa sedang tidur di biliknya sebelum didatangi suspek yang dipercayai masuk ke rumah yang terletak di tingkat tiga itu selepas mendapati pintu utama tidak berkunci.

Katanya, kejadian hanya disedari bapa mangsa yang tidur di satu bilik lain selepas terdengar jeritan anaknya.

“Polis menerima laporan kejadian pada jam 5 pagi. Hasil siasatan mendapati mangsa ditikam di dada kanan dan kiri perut dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

“Menurut saksi, suspek dilihat dalam keadaan mabuk sebelum kejadian itu malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan suspek berkeliaran dan dipercayai sedang mabuk di kawasan kaki lima kedai berhampiran tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek melarikan diri selepas menikam mangsa tetapi meninggalkan motosikalnya di hadapan sebuah kedai berhampiran lokasi.

Ahmad Dzaffir berkata, siasatan polis di lokasi kejadian menemui pisau yang digunakan suspek serta botol arak dipercayai milik lelaki itu.

Susulan itu, satu operasi dilancarkan untuk mengesan suspek dan hasil risikan berjaya menahan lelaki berusia 40 tahun di kawasan Batu 9, Cheras, pada jam 3.30 pagi, kelmarin.

Katanya, suspek kini direman enam hari hingga 24 Mei ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 09:09 AM | Show all posts
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..

cuai...

pelik la zaman2 xaman ni ada lagi jenis xberingat, pintu ni 24 jam kena kunci
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:24 AM | Show all posts
Pink_Purple replied at 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..

cuai...

bukan ,i baca dalam fb pintu rumah dah berapa kali dipecahkan.dah tak larat nak dibaiki kot.rumah pulak rumah kedai rasanya.ibu dia tiada.kesian budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:25 AM | Show all posts
aduhhh kesian budak tu.. tak pasal2 je jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:26 AM | Show all posts
Pink_Purple replied at 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..

cuai...

Ada jer yg jenis mcm tu. Berkonsepkan 'selagi tak kena, tak apa'.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:34 AM | Show all posts
aduh tak pasal2 kena tikam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 09:35 AM | Show all posts
kesiannya budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa x kunci pintu utama pagi2 buta? Xpasal2 anak kau yg kena. Kalau kau yg kena xpe jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nyaaa. Baru 10 tahun punn
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah mmg y mabuk tu berdendam ngn bapak budak ni kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:53 AM | Show all posts
mizz5006 replied at 21-5-2019 09:24 AM
bukan ,i baca dalam fb pintu rumah dah berapa kali dipecahkan.dah tak larat nak dibaiki kot.rumah  ...

macam tu ke, siannya adik tu..

kalau mcm tu parent dia dah tahu kawasan tu memang merbahaya la,,


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:56 AM | Show all posts
kenarikelabu replied at 21-5-2019 09:26 AM
Ada jer yg jenis mcm tu. Berkonsepkan 'selagi tak kena, tak apa'.

katanya rumah dah selalu kena pecah, sampai xlarat nak baiki,,

konsepnya serah kpd takdir la, nak jadi apa jadi la..

dah tau merbahaya, knp tinggalkan budak tu sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:07 PM | Show all posts
Pink_Purple replied at 21-5-2019 11:56 AM
katanya rumah dah selalu kena pecah, sampai xlarat nak baiki,,

konsepnya serah kpd takdir la, n ...

dia duduk rumah kedai...pintu bawah xada grill...

ayah dia ada rumah la...lepas ayah dia dengar jeritan terus tengok budak tu dan bawa pergi hospital...



Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:11 PM | Show all posts
kesiannya.. semohga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:13 PM | Show all posts
dperla replied at 21-5-2019 12:07 PM
dia duduk rumah kedai...pintu bawah xada grill...

ayah dia ada rumah la...lepas ayah dia dengar ...

ok ayah dia ada..mujur ayah ada,cepat bertindak,,
penjahat ni tau pula, lps tikam lari







Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:30 PM | Show all posts
Pink_Purple replied at 21-5-2019 12:13 PM
ok ayah dia ada..mujur ayah ada,cepat bertindak,,
penjahat ni tau pula, lps tikam lari

agaknya lepas tikam tu baru tersedar kot..

tu yg takut lari tu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 12:34 PM | Show all posts
lolita737 replied at 21-5-2019 12:30 PM
agaknya lepas tikam tu baru tersedar kot..

tu yg takut lari tu..

bukan kes ni saja..

kes mabuk dadah, yang pukul atau tikam parent pun, sudah buat terus lari,,xkan cepat sangat sedar

ke sengaja..mabuk tu alasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:44 PM | Show all posts
Pink_Purple replied at 21-5-2019 12:34 PM
bukan kes ni saja..

kes mabuk dadah, yang pukul atau tikam parent pun, sudah buat terus lari,,x ...

yer la..di bawah pengaruh kan..

ntah la..biar polis siasat dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 01:02 PM | Show all posts
lolita737 replied at 21-5-2019 12:44 PM
yer la..di bawah pengaruh kan..

ntah la..biar polis siasat dulu.

yang ni polis dah tangkap kan,,

mesti trauma adik tu, kena tikam,  tgh tido
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 01:33 PM | Show all posts
tak pasal nyawa melayang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.093176 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list