|
|
Baby Shima tak nak menyanyi lagu yang berunsur lucah dan kerana itu dia sanggup menolak tawaran untuk bekerjasama dengan komposer Indonesia, Yogo RPH.
“Saya tahu tidak semua lirik lagu dangdut itu ada unsur lucah tetapi sebelum saya terima, saya akan nilai dan fahami lirik lagu itu terlebih dulu. Apabila saya lihat ada ayat 'ularnya besar sekali'."
"Saya dapat rasakan ada maksud tersirat. Saya tanya penulis lirik itu, adakah ia mempunyai unsur lucah dan dia mengiyakan. Maka, saya tolak dengan cara baik dan minta untuk tukarkan dengan lagu lain. Alhamdulillah, dia faham," jelasnya kepada Harian Metro.
Lagu itu kemudiannya diberi kepada penyanyi lain.
Sebelum ini juga pun Baby Shima pernah menolak tajaan pakaian daripada pereka fesyen kerana berasakan ia terlalu seksi buat dirinya.
"Di sana pakaian akan disediakan untuk penyanyi yang buat persembahan. Saya pernah dipaksa seorang pereka fesyen mengenakan pakaian disediakan tetapi saya tolak kerana terlalu seksi.
 Foto: IG
"Dia berkecil hati dan bermasam muka dengan saya walaupun saya sudah minta maaf. Say beritahu memang dari kecil saya tak biasa sarungkan pakaian yang terlalu mendedahkan bahagian tubuh."
Baguslah, tak gadaikan maruah sendiri semata-mata kejar duit. Tak begitu? -CARI |
|